Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA: 5,300 pemandu kereta sewa belum lulus ujian vokasional

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



SEKITAR 5,300 pemandu kereta sewa peribadi telah menjalani latihan vokasional tetapi belum lulus ujiannya.



Ini bermakna mereka mungkin tidak boleh menawarkan khidmat sebagai pemandu kereta sewa peribadi lagi mulai bulan depan.



Ini kerana mulai 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang menyediakan khidmat drebar mesti meletak pelekat - yang menunjukkan bahawa mereka sudah memiliki Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) - pada cermin depan dan belakang kenderaan mereka.



Menerusi satu kenyataan semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata lagi 17,700 pemandu kereta sewa peribadi mungkin tidak boleh menawarkan khidmat tersebut lagi mulai bulan depan kerana mereka belum mendaftar bagi latihan PDVL atau daftar untuk ujian kursus tersebut.



Kesemua pemandu itu telah diberi masa setahun - sehingga bulan ini - untuk menyediakan khidmat drebar bagi aplikasi seperti Grab dan Uber (yang tidak beroperasi di sini lagi) sementara rejim pelesenan vokasional itu dilaksanakan sepenuhnya.



LTA berkata, sekitar 42,900 pemandu telah diberi masa setahun itu kerana mereka memohon bagi lesen baru itu sebelum 1 Julai tahun lalu.



Seramai 19,900 daripada mereka juga telah menghadiri latihan vokasional yang mengambil masa 10 jam dan lulus ujiannya, kata LTA.



Kadar kelulusan bagi ujian itu adalah 70 peratus.



Dalam pada itu, beberapa pemandu dan sekurang-kurangnya seorang Anggota Parlimen telah mengusulkan supaya ujian bagi lesen baru itu dijalankan dalam bahasa lain juga, selain Inggeris bagi membantu pemandu.



"Dengan menawarkan khidmat drebar ini, pemandu bertemu dengan pelbagai jenis penumpang setiap hari.



"Oleh itu, pemandu kereta sewa peribadi dan teksi harus berupaya bercakap dalam bahasa Inggeris asas agar dapat berkomunikasi dengan berkesan bersama semua penumpang, baik warga Singapura mahupun pelancong.



"Pemandu juga harus berupaya membaca dalam bahasa Inggeris supaya mereka dapat mencari jalan raya dan bangunan, yang rata-ratanya mempunyai nama dalam bahasa Inggeris," kata LTA.



LTA juga menggalak pemandu yang memerlukan bantuan memperbaiki bahasa Inggeris mereka dengan mendaftar bagi Program Penguasaan Bahasa di Tempat Kerja Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) atau kursus lain yang setara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >