Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

M³: Profesional, pakar akan dilibatkan dalam panel kecil, bentuk langkah intervensi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

M³: Profesional, pakar akan dilibatkan dalam panel kecil, bentuk langkah intervensi

Feb 22, 2022 | 05:30 AM

Semasa mengumumkan pembentukan pasukan bertindak itu, Dr Faishal berkata pelibatan ibu bapa dalam kehidupan anak akan mempengaruhi keperibadian mereka.

"Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang membesar dengan ibu bapa yang terlibat memaparkan pembangunan lebih kukuh serta sikap empati dan yakin.

"Kami harap dapat melibatkan golongan bapa, sebagai 'nakhoda' keluarga untuk mewujudkan kerjasama kukuh bersama pasangan mereka dan sama-sama membangunkan strategi menghadapi cabaran sebagai bapa dalam landskap moden ini dan memainkan peranan aktif dalam membangunkan hubungan bermakna dengan anak-anak mereka, dan terus membuka jalan bagi pembentukan keluarga kukuh," katanya.

Antara anggota pasukan bertindak itu ialah Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Mohd Rashid; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Kebapaan (CFF), Encik Bryan Tan; CEO KidSTART Singapore Ltd, Cik Rahayu Buang; dan CEO Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Tuminah Sapawi.

Pembentukan pasukan itu diumumkan Dr Faishal semasa sesi taklimat sukarelawan Bapa Sepanjang Hayat di Kelab Masyarakat Nee Soon Central semalam.

Menurut M Kuasa Tiga (M³) dalam satu kenyataan semalam, pasukan itu dibentuk bagi mengkaji cara terbaik mengatasi cabaran kebapaan zaman moden yang dikenal pasti melalui satu penyelidikan Institut Kajian Dasar (IPS).

Kenyataan itu menambah bahawa penyelidikan itu dijalankan menyusuli dapat dua kajian yang dilakukan di Singapura berkaitan peranan bapa dan kenakalan kanak-kanak atau remaja yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) pada 2009 dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Khidmat Penjara Singapura pada 2013.

Secara keseluruhan, kajian tersebut mendapati wujud kaitan antara kenakalan remaja dan kurangnya kehadiran atau pelibatan bapa dalam kehidupan keluarga.

"Dengan panduan daripada dapatan kajian itu, pasukan bertindak ini akan membentuk rancangan strategik bagi menggalak peranan lebih aktif bapa dalam masyarakat Melayu/Islam dan membimbing penguatkuasaannya.

"Profesional dan pakar topik akan dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa kecil dan akan ditugaskan membentuk langkah intervensi berdasarkan dapatan kajian itu," menurut M³.

Bapa Sepanjang Hayat adalah gerakan kebapaan kebangsaan di bawah CFF. Maklumat lanjut mengenai skop tugas pasukan tersebut akan didedahkan pada masa akan datang.


 "...pasukan bertindak ini akan membentuk rancangan strategik bagi menggalak peranan lebih aktif bapa dalam masyarakat Melayu/Islam dan membimbing penguatkuasaannya. Profesional dan pakar topik akan dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa kecil dan akan ditugaskan membentuk langkah intervensi berdasarkan dapatan kajian itu."
- M Kuasa Tiga (M³).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3