Madrasah Aljunied tawar program IB, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Madrasah Aljunied tawar program IB

Institusi mendapat pentauliahan bagi pendidikan peringkat diploma sejak tahun lalu
Mar 09, 2019 | 05:30 AM

SEJUMLAH 26 pelajar sedang menjalani Program Diploma International Baccalaureate di Madrasah Aljunied Al-Islamiah selepas institusi pengajian itu mendapat pentauliahan untuk menawarkan program tersebut.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata program itu bertujuan melengkapi asatizah pada masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas, demi membimbing masyarakat menghadapi cabaran selanjutnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Amrin Amin (GRC Sembawang) berkenaan usaha mempertingkat madrasah di Singapura.

"Memandangkan sektor madrasah adalah kunci dalam pelan induk untuk membentuk asatizah di masa depan, madrasah-madrasah kita juga sedang diperkukuh secara menyeluruh," ujar Encik Masagos.

Berbeza dengan GCE peringkat 'A' - di mana gred penuh ditentukan menerusi peperiksaan di akhir program dua tahun - pelajar program IB melaksanakan beberapa tugasan sepanjang program dua tahun yang menentukan gred akhir mereka.

Berita Popular

Kededua program GCE peringkat 'A' dan IB, masing-masing, adalah sebahagian kriteria kelayakan universiti.

Menurut Encik Masagos, Madrasah Aljunied diberi pentauliahan rasmi sebagai sekolah IB pada Oktober 2018.

Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Nee Soon) bertanya tentang sokongan Muis kepada Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, demi memelihara peranan madrasah itu sebagai pusat pengajian agama penting yang melahirkan pemimpin agama dan masyarakat.

Menurut Encik Masagos, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menjalin kerjasama rapat dengan madrasah itu dan lembaga pentadbir madrasah untuk melaksanakan Pakej Bantuan Menyeluruh demi mengukuhkan pentadbiran dan program pendidikannya, selain memberi pelbagai pandangan berbeza.

Lembaga pengurusan baru madrasah itu dianggotai ahli yang pakar dalam pendidikan Islam, kewangan dan undang-undang dan yang mampu memberi sumbangan berbilang perspektif untuk membimbing madrasah.

Semalam, Encik Masagos mengumumkan beberapa inisiatif yang bertujuan membangun dan memperkukuh sektor agama Islam di Singapura.

Ini termasuk membentuk Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) bagi mendapat maklum balas masyarakat dan mengadakan program Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), antaranya bagi mempersedia asatizah untuk menghadapi cabaran masa depan.

Pegawai Perhubungan Pelajar (SLO) juga dilantik untuk mempersedia pelajar dari Singapura - yang sedang memburu ijazah keagamaan di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara - untuk bekerja di Singapura selepas tamat pengajian.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map