Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mahasiswa berkomplot bekal kereta 'tak boleh dijejaki' - dipenjara lebih dua tahun

Apr 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG mahasiswa yang membantu penjenayah mendapatkan kereta yang diubah dan dikatakan tidak boleh dijejaki, semalam telah dikenakan penjara 26 bulan dua minggu.



Tan Wen Jie, seorang warga Singapura berusia 28 tahun akan merayu atas hukuman itu.



Bulan lalu, mahasiswa jurusan perakaunan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu telah mengaku bersalah kepada tuduhan menipu Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kastam Singapura, dan didapati bersalah atas tiga tuduhan menipu dan tiga tuduhan membuat pengisytiharan palsu berhubung kereta-kereta yang dieksport.



Lagi sembilan tuduhan serupa diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.



Sekurang-kurangnya lagi enam kes jenayah lain pula berhubung dengan penggunaan kereta yang tidak wujud.



Pada September 2018, Tan bersubahat dengan Lee Wui Liang, 35 tahun, untuk meraih untung daripada menjual dan menyewakan kereta yang tidak lagi berdaftar.



Tan membeli kereta dengan Sijil Hak Memiliki (COE) yang hampir luput dan menjual semula kenderaan-kenderaan itu.



Lee pula mengubah kereta-kereta itu dengan memadam nombor enjin dan nombor casis kereta di tempat letak kereta yang senyap.



Dia juga menggantikan plat lesen kereta-kereta itu dengan plat lesen yang diklon, dan menggantikan unit dalam kenderaan (IU) dengan IU yang memiliki pendaftaran sah.



Nombor pendaftaran di plat lesen yang diklon itu adalah bagi kereta jenama, model dan warna serupa.



Tan mencari IU dan plat lesen diklon yang digunakan.



Kereta yang telah diubah itu dijual atau disewakan menerusi aplikasi Carousell, dan menerusi orang tengah.



Dia menjalankan 'perniagaan' tanpa melakukan sebarang pemeriksaan sama ada pembeli dibenarkan di bawah undang-undang untuk memandu.



Kereta-kereta yang ditawarkannya adalah dua BMW, sebuah Mitsubishi Lancer EX, sebuah Honda Stream, sebuah Honda Civic, sebuah Honda Jazz dan sebuah Mazda 6.



Tan juga membantu dalam menyiapkan dokumen yang menunjukkan kenderaan-kenderaan itu seolah-olah telah dieksport atau bakal dieksport.



Dokumen-dokumen itu kemudian diserahkan kepada LTA dan kastam.



Namun Tan ditangkap selepas polis menghubungkan salah satu kereta yang diubah itu dengan satu kes gangguan berhubung pemiutang wang.



Tan, Lee dan orang lain yang bersubahat dalam komplot itu ditangkap selepas polis melakukan siasatan menyeluruh.



Kes Lee masih dihadapkan ke mahkamah. Dia menghadapi 77 tuduhan kesemuanya.



Tan bercadang untuk mengemukakan rayuan dan kini dilepaskan dengan ikat jamin $20,000.



Dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan menipu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >