Dalam satu kes baru, Mahkamah Tinggi mengetepikan penamaan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) seorang ahli perniagaan yang telah meninggal dunia, berdasarkan keraguan beliau berfikiran wajar apabila menandatangani borang tersebut.
Encik Saw Eng Soon, yang meninggal dunia pada usia 63 pada 2013, menamakan seorang warga China, Cik Liu Jiu Chang, 26 tahun, sebagai benefisiari hampir $40,000 wang CPF beliau.
Bagaimanapun, mahkamah memutuskan Encik Saw mungkin "tidak upaya berfungsi" membuat keputusan mengenai penamaan CPF kerana beliau tertekan ketika itu.
Namun, Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Aedit Abdullah menegaskan dalam alasan penghakiman yang diumumkan semalam: "Keputusan ada kemungkinan nyata bahawa kemurungan mempengaruhi keupayaan mental Encik Saw bukan satu usulan bahawa kemurungan akan sentiasa memberi kesan kepada keupayaan membuat wasiat dengan cara sama."
Akhbar The Straits Times melaporkan pada Jumaat (13 Nov) bahawa ia difahamkan selain wang CPF, Encik Saw juga meninggalkan wasiat yang menyatakan hasil jualan maisonet milik beliau harus diagih dalam jumlah yang ditetapkan kepada Cik Liu serta beberapa warga China lain; jumlah baki, jika ada, harus diberi kepada seorang anak lelaki, dua orang anak perempuan dan isterinya.
Encik Saw bertemu Cik Liu kali pertama pada 2010 ketika beliau bekerja sambil belajar sebagai pelayan hotel dan mendiang melayannya seperti anak angkatnya.
Pada 2011, beliau mula memberitahu Cik Liu masalahnya, termasuk masalah perniagaan, perubahan suasana perasaan dan kemurungan. Beliau menandatangani borang pencalonan CPF pada Oktober 2011.
Encik Saw juga memberitahu Cik Liu pada 2012 bahawa isterinya hendak menceraikannya dan beliau mengambil pil tidur.
Beliau ditemui mati tergantung dengan tali pada 2013 dalam kejadian yang kelihatan seperti bunuh diri.
Isterinya beliau selama 43 tahun, Cik Leow Yoon Li, 61 tahun, menghentikan tindakan bercerai dan mencabar penamaana CPF suaminya di mahkamah, tetapi hakim daerah menolak tuntutan itu.
Beliau merayu kepada Mahkamah Tinggi, di mana peguamnya, Encik V. Ramesh, berhujah hakim daerah silap dalam menolak tuntutan Cik Leow bahawa Encik Saw tidak mempunyai keupayaan mental apabila beliau menandatangani borang penamaan CPF.
Encik Ramesh berkata bukti perubatan dan fakta mencukupi telah dikemukakan untuk menunjukkan bahawa beliau mengalami mempunyai kemurungan reaktif sebelum, semasa dan selepas menandatangani borang CPF itu.
Cik Liu, yang mewakili dirinya sendiri, berkata tuntutan beliau ke atas wang itu sah dan beliau tidak membuat sembarang kesalahan.
Dalam menolak keputusan mahkamah rendah itu, JC Aedit mendapati Encik Saw tidak mempunyai keupayaan mental yang diperlukan apabila beliau menandatangani borang penamaan CPF.
Encik Saw telah mendapatkan rawatan kesihatan mental sejak Disember 2011 di tempat-tempat seperti Hospital Universiti Nasional (NUH).
"Ada cukup perkara dalam laporan perubatan yang boleh menimbulkan keraguan," ujar beliau, sambil berkata laporan NUH menunjukkan Encik Saw dalam perasaan sedih, mengalami kemurungan reaktif dan mempunyai rasa hendak bunuh diri dicetuskan oleh hutang semasa tempoh tiga bulan yang serentak dengan tempoh beliau menandatangani borang penamaan CPF.
Terdapat juga pendapat pakar daripada pakar psikiatri Munidasa Winslow, yang menyatakan "ada kemungkinan (Encik Saw) mengalami kemurungan semasa beliau menandatangani borang itu".
JC Aedit memutuskan Cik Liu tidak dapat menunjukkan bahawa Encik Saw mempunyai keupayaan mental yang diperlukan itu. Beliau mengetepikan penamaan tersebut dan memutuskan dana CPF itu akan diagih di bawah kaedah tiada wasiat.