Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu buat lebih banyak penyelidikan untuk sedia air bersih

sit
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



MEMBACA berita tentang bagaimana perubahan iklim mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan, mencetuskan satu azam baru terhadap diri siswazah Institut Teknologi Singapura (SIT), Encik Muhammad Naeem Muhammad Nazri.



Anak sulung dua beradik yang baru sahaja tamat pengajian dan meraih sijil Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada SIT awal minggu ini berharap dapat melakukan lebih banyak kerja penyelidikan dengan harapan dapat mendapatkan huraian dalam usaha menawarkan air bersih untuk diminum.



Baginya, dengan keadaan sekitaran dunia yang semakin tidak menentu, mengatasi isu berkaitan perubahan iklim ini perlu ditangani dengan segera.



"Kita dapat lihat bagaimana perubahan iklim telah menyebabkan bongkah air batu cair, sekali gus mengakibatkan aras air laut meningkat.



"Kita juga dapat lihat bagaimana di Pakistan banjir teruk berlaku tetapi di sebalik semua ini bekalan air bersih menjadi semakin berkurangan.



"Ini pastinya akan menjejas kehidupan terutama di negara-negara sedang membangun," kongsinya, prihatin.



Encik Naeem yang pernah menjadi pelatih atau intern di Institut Bahan Penyelidikan dan Kejuruteraan A*STAR di Jabatan Bahan Lembut, berkata beliau berminat dalam daya usaha pembersihan air dan bagaimana mengubah sisa kepada tenaga dalam sektor kimia bagi menangani perubahan iklim.



Memandang ke hadapan, Encik Naeem, 25 tahun, mempunyai visi untuk menawarkan kehidupan bagi generasi masa depan menerusi usaha menangani perubahan iklim dengan memanfaatkan teknologi mampan.



Kata siswazah yang pernah dianugerahkan dalam Senarai Provost bagi tahun 2020/2021 kerana merupakan 2 peratus pelajar terbaik dalam kohortnya:



"Setiap kali saya berdepan cabaran atau rintangan dalam pembelajaran, saya akan ingat kembali apakah motivasi sebenar dalam perjalanan saya ini.



"Saya mahu menyumbang ke arah mencari huraian yang mampan bagi generasi akan datang."



Beliau yang ibu bapanya juga pernah bekerja dalam bidang kejuruteraan akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam Program Siswazah Antara Disiplin PhD di bawah Institut Penyelidikan Air dan Sekitaran Nanyang (NEWRI).



Bekas pelajar Politeknik Singapura dan Sekolah Menengah Admiralty ini berharap beliau dapat menceburi bidang penyelidikan selain membantu dalam menghasilkan teknologi mampan baru.



Mengongsi prinsip kehidupannya, Encik Naeem berkata beliau akan terus bermotivasi untuk melakukan yang terbaik demi sekitaran dan generasi masa depan.



"Saya berpegang pada pepatah Inggeris, 'A society grows great when old men plant trees in whose shade they may never sit'.



"Dalam dunia hari ini, kita lebih mementingkan diri sendiri. Kita perlu mengelakkan sifat sedemikian.



"Mungkin apa yang kita lakukan tidak akan memberi manfaat peribadi kepada kita tetapi ia bermanfaat bagi masa depan," ujarnya lagi, positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >