Mahu penuhi permintaan pelabur Muslim

FIRMA pengurusan pelaburan hartanah AEP Investment Management Pte Ltd (AEPim) ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pelabur, khususnya dari Timur Tengah, yang mencari pelaburan hartanah berlandaskan syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Yusof Wahid.

Mantan pengarah eksekutif firma runding cara hartanah DTZ Singapore itu, yang dianggap veteran dalam industri pelaburan hartanah, membentuk AEPim bersama Al Rajhi Holding Group, yang pelabur utamanya merupakan konglomerat swasta terbesar Timur Tengah, pada 2008.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan