Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: RENTAK MILENIAL

Mahu terus aktif di arena seni sambil dorong penggiat lain

Semangat tambah membara selepas dilantik selaku Teman Warisan oleh Yayasan Warisan Melayu
Nov 21, 2021 | 05:30 AM



DALAM persada seni persembahan Melayu di sini, Cik Anis Qurratu'aini Azman lebih dikenali dengan nyanyiannya.



Daripada nyanyian lagu tradisional dan kontemporari hinggalah kepada dendangan syair, Cik Anis, yang berusia 31 tahun itu boleh melakukan semuanya.



Dengan wabak Covid-19 melanda, sektor seni dan warisan di sini turut terjejas dan Cik Anis, seorang penggiat seni, tidak terkecuali.



Namun, apabila dilantik sebagai Teman Warisan oleh Yayasan Warisan Melayu (MHF) baru-baru ini, Cik Anis mendapat semangat baru untuk terus aktif dan mendorong pengamal seni lain agar terus mengharungi tempoh yang mencabar ini.



Sebagai ahli kumpulan muzik tradisional Melayu, Orkes Sri Temasek, serta kumpulan muzik Melayu tradisional dan kontemporari, Alto Aura, Cik Anis berkata beliau sebelum ini sering mempunyai tugas seni.



"Sebelum Covid-19 antara tugas seni yang saya lakukan termasuk membuat persembahan di majlis-majlis persandingan hampir setiap bulan bersama AltoAura dan acara-acara rasmi bersama Orkestra Sri Temasek.



"Saya juga mengacarakan beberapa majlis pelancaran atau membuat persembahan mewakili Syairpura yang dianjurkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



"Selain itu, saya juga bergiat dalam bidang pengacaraan, lakonan di pentas-pentas seni budaya setempat dan membuat suara latar acara pentas dan televisyen bersama Channel News Asia," katanya.



TERJEJAS DEK PANDEMIK



Namun, semasa pandemik ini, hampir 80 peratus daripada peluangnya untuk melakukan tugas seni seperti itu terhenti.



Meskipun terjejas semasa tempoh ini, lulusan Sarjana Muda Komunikasi, dengan ijazah dalam Komunikasi dengan Psikologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), itu berkata ada hikmah di sebalik semuanya.



Rindu menyampaikan lagu-lagu tradisional dan meraikan kebersamaan dalam sesebuah acara, Cik Anis serta ramai penggiat lain telah berinovasi untuk terus menyampaikan karya mereka melalui cara alternatif.



Antaranya termasuk menghasilkan persembahan dalam video bersama kumpulan AltoAura dan memuatnaik video-video tersebut dalam talian.



"Sebagai contoh, kami telah menghasilkan video dengan nyanyian dedikasi kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan.



"Selain itu, kami juga telah menyediakan video khas untuk sambutan Hari Raya.



"Awal tahun ini pula, saya berpeluang menjadi sebahagian daripada pameran digital, Projek Altoration, oleh AltoAura dan HYR.



"Uniknya, memang seronok saya lihat para penggiat seni budaya mahir menggunakan peluang Covid-19 ini untuk menghasilkan karya baru atau lebih kreatif dalam kerja seni mereka," katanya.



Beliau merupakan cucu pelakon veteran Ponisah Bachik dan anak pasangan pelakon Mahyonis Mahfudz dan Azman Shariff, yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hiburan.



BESAR HATI JADI TEMAN WARISAN



Berbesar hati dengan gelaran Teman Warisan, anak kedua daripada enam beradik itu berkata beliau sentiasa sedia mendengar, membantu dan memberi inspirasi dalam meningkatkan warisan Melayu di Singapura.



Walaupun industri warisan Melayu di Singapura kecil, katanya, ia tidak bermakna kita tidak boleh mencapai tahap yang tinggi.



Malah, jelasnya, ia merupakan sebab penting baginya meneruskan tugas seni di Singapura.



"Ada yang terus beri sokongan yang jitu, ada yang rasa kami inginkan populariti semata dan ada yang berfikiran seolah-olah melestarikan seni atau warisan ini sia-sia.



"Selain itu, disiplin adalah satu sifat yang saya terapkan sejak memasuki bidang pekerjaan," kata beliau yang bekerja sambilan di Kelab Masyarakat Tampines West sebagai eksekutif komunikasi.



"Walaupun kadangkala Anis terima pandangan orang yang negatif, saya harus 'berdegil' untuk teruskan minat ini," tambahnya.



Ketika diwawancara Berita Minggu, Cik Anis menambah bahawa beliau berharap para penggiat setempat akan lebih terangsang untuk terus berkarya dan melibatkan diri dalam acara-acara ksenian yang dianjurkan oleh badan-badan tempatan.




"Ada yang terus beri sokongan yang jitu, ada yang rasa kami inginkan populariti semata dan ada yang berfikiran seolah-olah melestarikan seni atau warisan ini sia-sia.

Selain itu, disiplin adalah satu sifat yang saya terapkan sejak memasuki bidang pekerjaan...

Walaupun kadangkala Anis terima pandangan orang yang negatif, saya harus 'berdegil' untuk teruskan minat ini."

- Cik Anis Qurratu'aini Azman, 31 tahun, lulusan Sarjana Muda Komunikasi dengan Psikologi, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), yang juga ahli kumpulan muzik tradisional Melayu, Orkes Sri Temasek dan kumpulan muzik Melayu tradisional dan kontemporari, Alto Aura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >