Premium
Main biliard rangsang konsep matematik, logik, fizik
Pelajar Singapura cemerlang dalam peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) tahun lalu, dengan hampir separuh daripada mereka mendapat markah sempurna. Berlangsung selama dua tahun, IBDP adalah program pendidikan yang menyediakan kelayakan untuk kemasukan ke pendidikan tinggi dan diiktiraf oleh banyak universiti di seluruh dunia. BERITA HARIAN mewawancara dua pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah yang memperoleh markah cemerlang.
Jan 7, 2023 | 5:30 AM
IA bermula sebagai satu kegiatan yang dipilihnya sebagai sebahagian daripada komponen wajib bagi Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) tetapi secara perlahan-lahan, Muhammad Umar Mohammad Sadee mula menggemari sukan itu.
Muhammad Umar, yang cenderung dalam mata pelajaran Matematik, mula menyukai biliard apabila beliau menyedari sukan itu melibatkan konsep matematik seperti logik, fizik, dan pengiraan sudut.

