Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maklumat terkini mengenai dos penggalak kedua dan kos rawatan Covid-19

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) awal bulan ini mengumumkan bahawa perubahan akan dibuat kepada subsidi rawatan Covid-19 tidak lama lagi, dan suntikan penggalak vaksin Covid-19 kedua akan ditawarkan kepada mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas.



Berikut jawapan bagi beberapa soalan mengenai langkah baru itu.



S: Siapa layak untuk dos penggalak kedua?



J: Mulai 10 Jun, semua yang berumur 50 tahun dan ke atas layak menerima dos penggalak vaksin Covid-19 kedua. Ini adalah maklumat terkini daripada pengumuman yang dibuat sebelumnya pada 22 April, yang mengatakan bahawa mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas layak untuk suntikan itu.



Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas yang terdedah kepada Covid-19 teruk juga tidak lagi memerlukan rujukan doktor untuk mendapatkan dos penggalak kedua mereka.



S: Berapa lama selepas dos penggalak pertama akan antibodi saya berkurang terhadap Covid-19? Adakah saya perlu mendapatkan dos penggalak kedua?



J: Profesor Madya Ashley St John, dari Program Penyakit Berjangkit Baru Muncul Sekolah Perubatan Duke-NUS, berkata data telah menunjukkan bahawa suntikan penggalak kedua akan memberikan perlindungan tambahan dan sangat selamat.



"Bagi kumpulan umur (yang layak), jelas bahawa manfaatnya melebihi risiko," katanya.



Beliau menambah bahawa antibodi semua orang berkurangan pada kadar yang berbeza, menjadikannya sukar untuk meramalkan tindak balas individu terhadap vaksin itu.



Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna antibodi menjadi tidak berkesan sepenuhnya.



"Sistem imun kita memperlahankan pengeluaran antibodi selepas beberapa bulan setelah vaksinasi, tetapi ia masih mengekalkan tindak balas memori yang boleh dipanggil semula dengan cepat sebagai tindak balas kepada jangkitan atau penggalak lain," kata Profesor St John.



Beliau menambah bahawa kajian dari Israel telah mencadangkan bahawa dos penggalak kedua akan memberi manfaat sekitar empat bulan selepas yang pertama, dan boleh mengurangkan risiko jangkitan baru atau jangkitan semula.



Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat juga mencadangkan jangkitan, lawatan ke bilik kecemasan, kemasukan ke hospital dan kematian dikurangkan selepas dos penggalak kedua, kata Profesor St John.



S: Mengapa mereka yang berumur 50 hingga 59 tahun ditawarkan dos penggalak sekarang?



J: Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 telah berkata bahawa data telah menunjukkan yang risiko Covid-19 teruk meningkat dalam mereka yang berumur 50 hingga 59 tahun, dan dos penggalak ditawarkan untuk meningkatkan perlindungan mereka.



S: Saya berumur 50-an. Adakah status vaksin penuh saya luput jika saya tidak mengambil dos penggalak kedua?



J: Buat masa ini, mereka dalam kumpulan umur ini tidak akan kehilangan status vaksin penuh jika tidak mengambil suntikan penggalak kedua.



S: Bilakah saya perlu mendapatkan dos penggalak kedua saya?



J: Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 telah berkata bahawa dos penggalak kedua perlu diambil sekitar lima bulan selepas dos penggalak pertama.



S: Saya dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Berapa lama perlu saya tunggu sebelum mengambil dos penggalak saya?



J: MOH mengesyorkan menunggu sekitar sebulan selepas mendapat Covid-19 sebelum mendapatkan suntikan penggalak.



"Ini memberi masa kepada sistem imun anda untuk pulih daripada jangkitan supaya suntikan penggalak boleh menjadi lebih berkesan," jelas Profesor St John.



S: Berapakah yang perlu saya bayar untuk menemui doktor di poliklinik bagi merawat Covid-19 selepas 1 Julai?



J: MOH telah berkata bahawa mulai 1 Julai, warga Singapura boleh menjangkakan untuk membayar antara $6.90 dengan $14 untuk perundingan mereka dengan doktor di poliklinik. Bayaran lain, termasuk ubat yang diberikan berdasarkan penilaian doktor, akan berbeza bergantung kepada profil pesakit dan kerumitan. Poliklinik akan terus menawarkan swab yang dibiayai pemerintah kepada individu layak yang menunjukkan simptom tanpa sebarang bayaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >