Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makmal baru bagi penuhi permintaan terapi baka, sel meningkat di S’pura

Aug 04, 2023 | 06:12 PM



SEBUAH kemudahan pembuatan terapi sel baru seluas 2,000 meter persegi kini mulai beroperasi – bertujuan untuk memenuhi permintaan terapi baka dan sel (CGT) yang semakin meningkat di Singapura dan membolehkan para pesakit menerima rawatan dengan lebih cepat.

Kemudahan itu, di bawah Institut Penyelidikan dan Terapi Sel Lanjutan, Singapura (Actris), mempunyai 14 suite bersih yang mematuhi piawaian amalan pembuatan yang baik, empat makmal penyelidikan dan sebuah makmal kawalan mutu, lapor The Straits Times pada Jumaat.


Hospital, institusi penyelidikan dan syarikat permulaan bioteknologi akan dapat menggunakan kemudahan itu untuk menyokong kerja mereka dalam bidang seperti pemilihan sel dan pengubahsuaian genetik.

Satu pasukan petugas juga telah ditubuhkan untuk membina dan menyokong bidang perubatan ketepatan yang semakin berkembang.

Ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), ia akan dipimpin oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Profesor Kenneth Mak, dan turut merangkumi pakar klinik, penyelidik dan pakar ekonomi kesihatan.

Terapi sel adalah bidang perubatan yang semakin berkembang, di mana sel hidup digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Ia berada dalam bidang perubatan ketepatan, di mana rawatan disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pesakit.


Rawatan sedemikian boleh memakan kos yang tinggi. Sebagai contoh, terapi sel-T Reseptor Antigen Kymriah Chimeric, di mana sel darah tertentu diekstrak daripada pesakit, dimanipulasi untuk menyasarkan sel barah, dan kemudian dimasukkan semula ke dalam pesakit – dilaporkan berharga AS$475,000 ($637,000).


Firma penyelidikan pasaran, Grand View Research, berkata bahawa pasaran terapi sel global dijangka mencapai AS$15.89 bilion ($21.32 bilion) pada 2028, dari AS$5.46 ($7.32 bilion) buat masa kini.


Kemudahan itu dilancarkan Jumaat sempena Persidangan Terapi Baka dan Sel Singapura yang diadakan buat julung-julung kalinya di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), terletak di bangunan 24 tingkat NCCS di kampus Hospital Besar Singapura (SGH).

Pengerusi Actris, Profesor Chee Yam Cheng, menyifatkan kemudahan itu sebagai perkembangan penting dalam ekosistem terapi sel Singapura.

“Kemampuan untuk membuat terapi sel bermutu tinggi secara tempatan akan bermakna bahawa rawatan boleh dijalankan ke atas pesakit kami dalam tempoh waktu yang lebih cepat, dan mereka boleh mendapat akses pada terapi yang menyelamatkan nyawa dengan lebih pantas,” kata Profesor Chee.

Sekitar 100 pesakit memerlukan rawatan terapi baka dan sel di sini setiap tahun, termasuk mereka yang menjalani ujian klinikal, yang biasanya ditawarkan kepada mereka yang tidak mengalami tindak balas baik daripada rawatan konvensional untuk keadaan seperti leukimia dan limfoma agresif.

Pengarah eksekutif sementara institut itu, Profesor Madya Danny Soon berkata, kemudahan itu akan membantu menyumbang kepada usaha inovatif dalam rawatan barah lanjutan dan perubatan regeneratif, merujuk kepada rawatan baru untuk memulihkan tisu dan organ.

“Selain itu, Actris akan menganjurkan lebih banyak perkongsian awam-swasta pada masa hadapan dan membantu syarikat yang ingin membangunkan produk CGT mereka untuk mendapatkan kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk membawa produk terapi sel mereka ke Singapura,” kata Profesor Soon, yang juga ketua eksekutif Konsortium untuk Penyelidikan dan Inovasi Klinikal, Singapura (Cris).


Skala kemudahan itu juga boleh menyebabkan kos rawatan sedemikian turun, katanya.


Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang turut menghadiri pelancaran makmal itu, pada Jumaat, sedar tentang pelbagai keprihatinan terhadap perubatan ketepatan seperti kos dan persoalan etika dengan pengubahan baka dan sel.


“Walaupun Singapura berhasrat menerima teknologi, ia juga mesti memastikan agar amalan klinikal selamat dan akan menghasilkan kesan yang baik dan kos efektif,” kata Encik Ong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >