Maliki: Asean ada proses stabil untuk maju, sedia hadapi cabaran
Premium
Maliki: Asean ada proses stabil untuk maju, sedia hadapi cabaran
Nov 27, 2018 | 5:30 AM
MENCAPAI KEMAJUAN DI ASEAN: Dr Maliki menjawab soalan peserta dalam sesi dipengerusikan pengarah Iseas-Institut Yusof Ishak, Encik Choi Shing Kwok. - Foto ISEAS-INSTITUT YUSOF ISHAK -
MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Maliki Osman, berkata Asean telah meletakkan proses yang stabil yang membolehkan ia maju ke hadapan bagi menghadapi cabaran yang dihadapi.
Sepanjang setahun lalu semasa Singapura menjadi pengerusi Asean, banyak kemajuan dicapai misalnya kerjasama ketenteraan, ekonomi dan sosial yang membawa manfaat bagi anggota Asean dan penduduknya.

