Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki gesa bapa libatkan diri dalam hidup anak-anak

Jan 02, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN bapa mesti memainkan peranan untuk melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak mereka, dengan kajian telah menunjukkan bahawa ini akan menghasilkan prestasi sekolah dan kesejahteraan sosial serta mental yang lebih baik, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dalam satu video dimuat naik di Facebook Bapa Sepanjang Hayat kelmarin yang mengetengahkan ucapan kepada ibu bapa dan anak-anak yang bakal memulakan tahun baru persekolahan, Dr Maliki berkata:



"Yang penting ialah peranan bapa dalam kehidupan anak-anak kita, lebih-lebih lagi dalam perjalanan persekolahan mereka.



"Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan bapa dalam kehidupan anak-anak kita membawa kesan positif dari segi pendidikan mereka dan juga keyakinan emosi dan sosial mereka.



"Jadi penting bahawa kita cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk anak-anak kita."



Dr Maliki turut menggalak ibu bapa untuk terus mengeratkan hubungan bersama guru anak-anak mereka.



Ini kerana ia menunjukkan ibu bapa mengambil berat bukan hanya dalam penglibatan kehidupan anak-anak mereka, malah dalam sekolah anak-anak mereka juga.



Menurut dapatan tinjauan Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) yang dilaporkan Ogos lalu, pelajar lebih berminat dengan sekolah apabila ibu bapa mengambil berat tentang kehidupan sekolah mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti, seperti mesyuarat ibu bapa dan guru atau acara sekolah.



Tinjauan itu juga mendapati bahawa perkongsian antara sekolah dan keluarga boleh berterusan walaupun lebih sedikit ibu bapa melakukan kerja sukarela apabila anak mereka melangkah ke sekolah menengah.



Para pelajar yang ditinjau juga melihat tiga jenis aktiviti utama ini secara positif - apabila ibu bapa mereka menghadiri persidangan ibu bapa dan guru, apabila mereka membincangkan kemajuan pembelajaran mereka dengan guru, dan apabila mereka menghadiri ceramah atau bengkel yang dianjurkan oleh sekolah.



Tetapi pelajar yang paling terlibat di sekolah mempunyai ibu bapa yang juga terlibat di luar perkara bilik darjah, contohnya mengambil bahagian dalam atau menyelaraskan aktiviti untuk sekolah, menurut kajian.



Dr Maliki berharap tahun baru ini akan membawa harapan yang lebih cerah untuk anak-anak dan ibu bapa mereka.



"Semoga tahun baru ini membawa ketenangan dan juga keceriaan kepada anak-anak kita dalam perjalanan persekolahan mereka dan semoga ibu bapa juga riang, gembira memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak kita berjaya dalam persekolahan mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >