Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Maliki: Pertumbuhan, kemakmuran Asean bergantung pada pembangunan belia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki: Pertumbuhan, kemakmuran Asean bergantung pada pembangunan belia

May 30, 2021 | 05:30 AM

PERTUMBUHAN, kemakmuran dan keamanan yang berterusan di Asean bergantung pada pembangunan golongan belia di rantau ini dalam meyakini perlunya hubungan erat antara negara anggota Asean dan penduduknya.

Ini selain mereka terus menyesuaikan diri termasuk dari segi mempelajari ilmu baru, menjadikan mereka relevan serta menerokai peluang baru.

Demikian dinyatakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman, semasa melancarkan Sidang Belia Asean semalam anjuran Jamiyah Singapura yang diadakan secara maya.

Sidang selama dua hari itu disertai kira-kira 400 pemimpin belia dari negara Asean, dengan tema 'Kewarganegaraan Aktif dan Media Sosial'.

Sidang itu bertujuan membolehkan belia membangun rangkaian dalam kalangan mereka dan membincangkan isu secara kritikal dan memperkasa mereka memperjuang isu sosial dalam masyarakat masing-masing.

Berucap semasa majlis pelancaran sidang itu, Dr Maliki berkata:

"Sebilangan daripada anda mungkin bimbang tentang ketidaktentuan dan ketidakstabilan keadaan global semasa, terutamanya dengan pergolakan tahun 2020.

"Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mengharungi keadaan tidak menentu ini untuk mendapat masa depan lebih cerah buat diri sendiri dan orang di sekeliling anda.

"Saya menyeru anda semua agar tetap tangkas dan mudah menyesuaikan diri. Perbaharui kemahiran anda, jadikan diri anda relevan dan pertimbangkan peluang yang mungkin tidak anda fikirkan sebelumnya."

Yang paling penting, tambah beliau, adalah bekerjasama dan menolong orang lain berjaya kerana kejayaan kolektif Asean adalah amat berharga.

"Peluang banyak dan anda perlu merebutnya ketika ia datang," ujar beliau lagi.

Menurut kenyataan Jamiyah, peserta sidang itu merangkumi mereka yang berusia 18 hingga 35 tahun dari negara Asean.

Antara lain mereka terlibat dalam pelbagai kerja masyarakat dan sukarela selain mempunyai semangat mempromosi warganegara aktif.

Peserta juga merupakan mereka yang berminat dengan dinamika media sosial untuk menjadi pemangkin positif perubahan dalam masyarakat.

Naib Pengerusi Kumpulan Pemuda Jamiyah, Encik Farook Maideen, berkata:

"Tujuan penganjuran persidangan ini adalah untuk berhubung dengan rakan sebaya dari rantau ini yang bersungguh-sungguh terlibat dalam kerja sukarela seperti kami.

"Kami mahu orang muda berkongsi pengalaman dalam menangani masalah sosial seperti kesihatan mental, belia berisiko, perubahan iklim, masyarakat rentan dan pendidikan.

"Kami juga ingin memberi kesedaran mengenai kewarganegaraan aktif dan penggunaan media sosial yang betul untuk membantu pelbagai program masyarakat yang melibatkan golongan muda."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3