Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIASATAN LETUPAN TUAS

Mangsa lari keluar dari bengkel sambil 'menjerit kesakitan'

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



SEJURUS selepas satu letupan berlaku di sebuah bengkel di Tuas hingga panel jendelanya bersepai, lapan pekerja yang berada dalam bengkel itu melarikan diri ke sebuah padang sambil menjerit kesakitan.



Pekerja dari unit berdekatan bergegas menyiram dan menyembur air pada lapan pekerja yang mengalami kelecuran teruk itu.



Ini diceritakan oleh seorang mangsa letupan maut yang berlaku pada 24 Februari lalu di 32E Tuas Avenue 11 itu, Encik Hossain Jitu, kepada sebuah Jawatankuasa Siasatan yang dibentuk bagi menyiasat kejadian itu semalam.



"Kami menjerit kesakitan di padang terbuka itu, dan pekerja lain dari unit berdekatan keluar untuk menyiram air pada kami atau menggunakan hos," kata warga Bangladesh berusia 32 tahun itu, lapor akhbar The Straits Times.



"Saya perasan baju saya sudah dijilat api dan sebahagian daripadanya sudah terbakar. Saya membuang apa yang tertinggal daripada baju saya yang sudah terbakar itu dengan menggunakan tangan kiri saya."



Encik Hossain, yang kelihatan berparut disebalik pelitup mukanya di mahkamah semalam, mengalami kelecuran pada 54 peratus badannya.



Beliau juga menghadapi kesukaran apabila bernafas dan menutup matanya.



"Kulit di bawah mata saya lecur dan saya tidak boleh menutup mata dan tidur selepas kemalangan itu," kata Encik Hossain lagi.



Tiga pekerja, Encik Subbaiyan Marimuthu, 38 tahun; Encik Anisuzzaman Md, 29 tahun; dan Encik Shohel Md, 23 tahun, meninggal dunia selepas mengalami kelecuran teruk pada 90 peratus badan mereka akibat kemalangan itu.



Seramai tujuh lagi pekerja, termasuk dua yang tidak bekerja di bengkel itu, cedera.



Jawatankuasa siasatan itu, yang dipengerusikan Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun diberitahu sebelum ini bahawa letupan tersebut dipercayai ada kaitan dengan sebuah mesin pembancuh.



Pekerja di bengkel berkenaan digajikan Stars Engrg, sebuah syarikat yang menghasilkan bahan tahan api yang dipanggil pembalut api dengan menggunakan mesin pembancuh itu.



Mesin itu memanaskan minyak dalam satu saluran yang kemudian memanaskan bahan seperti kanji kentang di bahagian pembancuhnya.



Pengarah Stars Engrg, Encik Chua Xing Da, memberi keterangan sebelum ini bahawa suhu di saluran minyak itu tidak dipantau selepas mesin tersebut diperiksa pada 12 Jun tahun lalu.



Beliau secara berasingan menganggarkan suhu mesin itu sekitar 700 darjah Celsius sebelum letupan itu berlaku.



Encik Hossain semalam berkata apabila mesin itu digunakan selama sekitar satu jam, beliau akan mendengar bunyi menggelegak di dalamnya. Ini berterusan walaupun selepas mesin itu dimatikan.



Pada hari letupan berlaku, Encik Hossain dan seorang lagi pekerja sedang menghasilkan pembalut api itu di sebuah meja antara 11 dengan 11.30 pagi.



"Tiba-tiba, saya merasa percikan minyak panas di muka saya dan di bahagian atas dada saya.



"Saya juga dengar bunyi minyak tersimbah pada tembok di atas atau di belakang saya... Saya mendongak dan sedar bahawa seluruh bengkel itu sedang dijilat api dan dipenuhi asap hitam," katanya.



Beliau kemudian melarikan diri dari bengkel itu menerusi pintu depan ke sebuah padang terbuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >