Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa serangan seksual digalak buat laporan

Nov 05, 2023 | 05:30 PM



Mangsa serangan seksual yang memilih untuk melaporkan jenayah tersebut kepada polis boleh membantu menghentikan kitaran keganasan bukan hanya ke atas diri mereka, tetapi juga terhadap orang lain.

Dengan banyak kes serangan seksual didapati melibatkan pelaku yang dikenali mangsa, melaporkan pelaku kepada polis dapat melindungi orang-orang di keliling mangsa, seperti ahli keluarga dan anak-anak, daripada kemungkinan mengalami serangan serupa, menurut beberapa badan bantu diri dan peguam yang dihubungi Berita Minggu (BM) baru-baru ini.

Analisis ke atas 563 kes yang dikendalikan Pusat Penjagaan Serangan Seksual (SACC) Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) pada 2022 mendapati bahawa 91 peratus pelaku dikenali oleh mangsa. Daripada jumlah itu, 36 peratus merupakan ahli keluarga atau pasangan intim.

Satu kajian yang dijalankan pusat itu juga mendapati tujuh daripada 10 klien mereka memilih untuk tidak melaporkan pengalaman keganasan seksual yang dialami.

Antara sebab mangsa tidak membuat laporan ialah mereka takut diri mereka tidak dipercayai atau mereka risau tentang reaksi ahli keluarga atau rakan-rakan.

Bagi kes yang mana pelaku adalah ahli keluarga atau pencari nafkah tunggal, mangsa enggan membuat laporan kerana tidak mahu memecah-belahkan keluarga atau atas sebab kewangan.

Pengerusi Casa Raudha dan juga pengasas dan pengarah The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan, menggalakkan mangsa membuat laporan polis kerana walaupun kes itu akhirnya tidak sampai ke mahkamah, nama pelaku tetap direkod dalam pangkalan data polis.

“Jika satu lagi kes kebetulan difailkan, polis akan melihat dengan lebih dekat kes itu dan berkata, ‘Mengapa ini berulang lebih daripada sekali?’. Kerana sebaik sahaja nama itu direkod masuk… nama itu akan berada di pangkalan data mereka dan oleh itu pada radar mereka,” kata Cik Shahrany, yang akan menganjurkan kempen terhadap keganasan seksual pada 11 November.

“Dan dengan membuat laporan polis, pelaku yang didakwa akan ditemu bual oleh polis, dan dia akan tahu bahawa laporan telah difailkan. Walaupun orang itu tidak didakwa, dia akan tahu bahawa namanya sudah ada (dalam pangkalan data). Ini boleh diambil sebagai langkah pencegahan. Sebab nama dia sudah ada, harap-harap dia tidak akan melakukannya lagi,” tambahnya.

Peguam di firma guaman antarabangsa Dentons Rodyk & Davidson LLP, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkata jika mangsa membuat laporan polis awal, pemeriksaan perubatan boleh dijalankan dan bukti dapat segera diambil.

Beliau juga faham jika mangsa tidak mahu membuat laporan kerana kejadian serangan seksual itu melibatkan ahli keluarga atau kerana mereka masih mengalami trauma.

Tetapi beliau berkata, andainya kejadian itu melibatkan pelaku yang mungkin melakukan serangan itu kepada orang lain, “mereka mungkin mahu memutuskan kitaran keganasan itu ke atas diri mereka dan ke atas orang lain juga”.

“Kepada mangsa terselamat, saya ingin katakan, mereka menghadapinya, tetapi mereka tidak menghadapinya seorang diri. Apa yang mereka lakukan dan katakan boleh membantu orang lain yang mungkin menjadi mangsa pada masa hadapan atau yang menjadi saksi kepada keganasan yang mereka alami.

“Saya katakan ini kerana selalunya jika ia adalah keganasan seksual atau keganasan fizikal, dan jika ia berlaku di rumah, anak-anaklah yang menjadi saksi. Mereka mahu memulakan proses lebih awal supaya bukan sahaja mereka mendapat bantuan, tetapi anak-anak juga mendapat bantuan,” kata Encik Zhulkarnain yang melakukan kerja sukarelawan bersama Casa Raudha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >