Topik diikuti
Pergi ke BHkuMantan DPM Jayakumar dilantik pro-canselor NUS
Mantan DPM Jayakumar dilantik pro-canselor NUS
MANTAN Timbalan Perdana Menteri S. Jayakumar telah dilantik sebagai pro-canselor Universiti Nasional Singapura (NUS).
Universiti itu mengumumkan pada Khamis (18 Jun) pelantikannya untuk penggal tiga tahun, yang akan bermula pada 1 Julai, lapor The Straits Times.
Profesor Jayakumar akan menyertai pro-canselor lain - ahli Majlis Penasihat Presiden Po'ad Mattar, mantan ketua hakim Chan Sek Keong, bekas pegawai bank Theresa Foo, ketua Blackstone Singapura Gautam Banerjee, dan pemilik perniagaan Teo Siong Seng - dalam canselori universiti.
Canselori diketuai oleh Presiden Halimah Yacob, yang juga canselor NUS.
NUS berkata, pro-canselor bertindak bagi pihak canselor semasa ketiadaan kanselor dari universiti, dan mempengerusikan upacara permulaan tahunan.
