Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan guru agama ditahan oleh ISD kerana pengganasan

Jun 09, 2021 | 11:50 AM



SEORANG suri rumah dan mantan guru agama sambilan warga Singapura yang sebelum ini dikenakan Arahan Sekatan (RO) selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos tahun lalu, kini dikenakan Arahan Penahanan (OD) sejak April.



Dalam kenyataannya pada Rabu (9 Jun), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata mereka mendapati tingkah laku Ruqayyah Ramli  yang bertambah buruk dan penglibatannya dalam kegiatan yang menjejaskan keselamatan Singapura. 



Dia juga gagal memberikan kerjasama ketika mengambil bahagian dalam program pemulihan.



Ruqayyah, 34 tahun, menjadi radikal kerana dipengaruhi suaminya Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang warga Malaysia berusia 33 tahun. 



Firdaus yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sini, ditangkap pada Julai 2020 di bawah ISA kerana ingin menyertai kumpulan militan ISIS di Syria.



Ruqayyah malah sanggup pergi ke zon konflik bersama suami dan dua anaknya supaya dapat terus menjaga keluarga dan membantu militan ISIS yang cedera.



“Dia terus menyokong tindakan ganas kumpulan militan ISIS dan percaya pada penggunaan kekerasan terhadap mereka yang dianggap musuh Islam.



“Selain itu, dengan melanggar syarat RO, dia terus berkomunikasi dalam talian dengan penyokong ISIS luar negara yang merupakan rakan sekutu Firdaus.



“Oleh itu, dia ditahan untuk mencegahnya dari terus bergerak maju ke jalan radikal yang ganas,” kata ISD.



Sementara itu, dua rakyat Singapura yang menjadi radikal kini dibebaskan dari tahanan di bawah ISA pada Mei 2021 dan seorang lagi, Ahmed Hussein Abdul Kadir, pula telah dikenakan RO.



Mohamed Faishal Mohd Razali, 30 tahun, yang ditahan di bawah ISA pada April 2018 selepas didapati beliau ingin menyertai konflik di Timur Tengah selepas menonton klip video peperangan dan ceramah pensyarah asing di Internet.



Dia dibebaskan atas arahan penggantungan pada bulan lalu.



Seorang lagi adalah Kuthubdeen Haja Najumudeen, 38 tahun, yang merupakan pengikut pendakwah radikal Sri Lanka, Zahran Hashim -  dalang serangan pengganas di Sri Lanka pada 21 April 2019. Haja dibebaskan dengan RO pada  Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >