Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Masagos, AP Melayu/Islam PAP lakar pelan bertindak M³

Aug 20, 2018 | 5:30 AM
MEMPERKASA MASYARAKAT: (dari kanan) Cik Rahayu Buang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki), Haji Abdul Razak Maricar (Ketua Eksekutif Muis), Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman, dan Encik Abu Bakar Mohd Nor (anggota Majlis Penasihat Mesra) bergambar selepas Rapat Hari Kebangsaan. - Foto BH oleh IRMA KAMARUDDIN
MEMPERKASA MASYARAKAT: (dari kanan) Cik Rahayu Buang (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki), Haji Abdul Razak Maricar (Ketua Eksekutif Muis), Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman, dan Encik Abu Bakar Mohd Nor (anggota Majlis Penasihat Mesra) bergambar selepas Rapat Hari Kebangsaan. - Foto BH oleh IRMA KAMARUDDIN -

Semasa berucap dalam bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Anggota Parlimen Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah melakar pelan bertindak untuk M³ (Muis, Mendaki, Mesra) bagi menyatukan sumber, bekerjasama dengan pemerintah dan badan Melayu/Islam lain. Encik Lee berkata:

"Dengan itu, mereka akan lebih mampu menangani cabaran masyarakat. Ini termasuk cabaran memastikan semua kanak-kanak mengikuti prasekolah, memperkasa dan membimbing belia, serta membantu golongan yang ketinggalan kerana dadah dan isu-isu sosial lain...Untuk berjaya, M kuasa tiga (M³) perlukan sokongan padu masyarakat. Saya harap lebih ramai orang Melayu akan menyumbang kepada masyarakat menerusi M³ tidak kiralah sama ada anda sukarelawan baru, ataupun sudah berkhidmat dengan masjid atau badan Melayu/Islam."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg