Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Masagos dilantik Menteri penuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masagos dilantik Menteri penuh

Apr 08, 2015 | 06:46 PM

ENCIK Masagos Zulkifli Masagos Mohamad telah dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh mulai esok.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah melantik Encik Masagos, 51 tahun, sebagai Menteri di PMO.

Pada masa yang sama, Encik Masagos juga akan meneruskan tugasnya di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Luar Negeri (MFA) sebagai Menteri Kedua.

Perlantikan Encik Masagos itu antara beberapa perubahan Kabinet yang diumumkan PMO hari ini.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Facebooknya berkata Encik Masagos telah melaksanakan tugasnya dengan baik di kededua kementeriannya dan sebagai Anggota Parlimen GRC Tampines.

"Ini adalah kali pertama kita mempunyai dua Menteri penuh Melayu, yang mencerminkan kemajuan yang dicapai masyarakat Melayu," kata Encik Lee.

Sementara itu, Encik Chan Chun Sing, 45 tahun, akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mulai esok.

Menggantikan beliau ialah Encik Tan Chuan-Jin, 46 tahun, yang kekal menjadi Menteri Tenaga Manusia sehingga 3 Mei ini.

Encik Chan akan menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mulai 4 Mei.

Beliau menggantikan Encik Lim Swee Say yang akan mengambil tugas Encik Tan sebagai Menteri Tenaga Manusia.

Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew, 53 tahun, pada masa yang sama pula dilantik sebagai Menteri Kedua Pertahanan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3