Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Masagos: Keupayaan bentuk identiti Muslim SG sumbang kepada kejayaan negara

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



KEUPAYAAN masyarakat Melayu/Islam membentuk identiti Muslim Singapura yang unik telah menyumbang kepada kejayaan Singapura selama ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata ini dapat dicapai antara lain dengan kepimpinan agama yang diterajui oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan asatizah di sini.



Dalam satu wawancara dengan media Melayu setempat semalam, Encik Masagos berkata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menarik perhatian identiti unik masyarakat Melayu/Islam ini dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan yang disampaikannya kelmarin.



Dalam menyentuh tentang pencapaian masyarakat, Encik Masagos berkata beliau memberi pengiktirafan kepada Yayasan Mendaki yang menyambut ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.



Sepanjang 40 tahun ini, beliau berkata tiga ciri penting telah dipaparkan.



Ini termasuk sumbangan pemerintah dalam membangunkan dan memberi kejayaan yang bermakna kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.



Selain itu, masyarakat sendiri berusaha supaya dapat meraih pencapaian yang bermakna melalui pendidikan.



Malah, individu yang telah berjaya turut kembali menyumbang semula untuk terus mempertingkat masyarakat, ujar Encik Masagos.



"Ini adalah satu sorotan yang saya fikir sangat bermakna bagi masyarakat kita kerana Perdana Menteri sendiri dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau memberikan bayangan tentang pencapaian yang kita boleh banggakan, yang bukan hanya disampaikan kepada masyarakat kita tapi kepada negara," tambahnya.



Semasa berucap, Encik Lee turut menyentuh sumbangan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tahun depan.



Encik Masagos berkata:



"(RRG) telah membolehkan dan membantu pemerintah membanteras fahaman ekstrem dan juga pengganasan yang sekiranya tidak dipantau dengan baik, kita mungkin tidak akan mencapai kemajuan dalam membanteras masalah fahaman ekstrem di kalangan masyarakat kita.



"Pendekatan mereka sangat unik dan sangat terkecuali, tidak didorong oleh pemerintah tetapi kerana mereka tahu bahawa Islam akan dicemar oleh pandangan ekstrem kalau mereka sendiri tidak menanganinya."



Encik Lee turut merakamkan penghargaan kepada barisan asatizah dari satu generasi ke generasi seterusnya yang menyumbang kepada RRG, khususnya kepada dua pengerusi bersama, Ustaz Hasbi Hassan dan Ustaz Ali Mohamed.



Ustaz Ali akan bersara daripada jawatan pengerusi bersama RRG akhir bulan ini.



Encik Masagos turut menarik perhatian tentang pencapaian masyarakat Melayu/Islam yang turut disentuh Encik Lee dalam ucapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >