Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos perjelas mengapa Lawrence Wong pilihan tepat

Ikhlas berkhidmat untuk warga, termasuk masyarakat Melayu/Islam, mampu buat keputusan sukar dalam detik mencabar antara ciri
Apr 16, 2022 | 05:30 AM



KEIKHLASAN dalam berkhidmat untuk warga Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam serta keupayaan membuat keputusan sukar dalam detik mencabar merupakan antara ciri yang membuatkan Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong calon yang tepat bagi memimpin Singapura seterusnya, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ciri kepimpinannya yang menyerlah jelas dilihat terutama sekali sebagai pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, tambahnya.



"Beliau prihatin tentang perkembangan pandemik di kalangan masyarakat Melayu/Islam dan penyesuaian drastik yang perlu dilakukan, misalnya penutupan masjid.



"Saya lihat keikhlasannya dalam berkhidmat untuk rakyat Singapura termasuk masyarakat Melayu/Islam. Beliau juga mampu membuat keputusan yang sukar tetapi dengan pendekatan yang terbaik bagi Singapura dalam detik-detik yang mencabar," ujar beliau dalam ulasannya berkaitan pelantikan Encik Wong sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G).



Menurut Encik Masagos, pemilihan Encik Wong merupakan keputusan yang dijangkakan dan disokong pasukan 4G sebulat suara.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan pelantikan tersebut- yang secara langsung membuka untuknya menjadi perdana menteri seterusnya- dalam satu kenyataan semalam.



Encik Masagos yang telah mengenali Encik Wong lebih 10 tahun, pernah bekerja rapat dengannya dalam kabinet dan MTF bagi Covid-19.



Menurutnya, Encik Wong cukup prihatin akan kesan virus tersebut terhadap mutu kehidupan masyarakat Melayu/Islam.



"Beliau sanggup hadir bersama saya di Auditorium Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) untuk menerangkan kepada para pemimpin masjid dan masyarakat kenapa kita terpaksa menutup masjid demi mengekang penularan Covid-19 pada tahap awal.



"Beliau sama prihatin ia menjejas sambutan Ramadan dan Hari Raya kita. Begitu juga dengan penangguhan ibadah Haji," katanya.



Encik Masagos turut melahirkan harapan bahawa masyarakat Melayu/Islam dan Singapura secara umumnya dapat terus berkembang di bawah kepimpinannya kelak.



Setelah Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat berundur sebagai ketua 4G pada April tahun lalu, pasukan generasi keempat itu telah meminta masa untuk mencapai kata sepakat mengenai siapa yang harus memimpin mereka memandangkan terpaksa fokus pada pandemik Covid-19.



Pasukan 4G telah bekerjasama rapat sepanjang dua tahun pandemik yang lalu, dan berpeluang untuk memahami dengan lebih baik kekuatan masing-masing.



Sebelum mencapai kata sepakat memilih Encik Wong mengetuai pasukan itu, mantan Menteri Kabinet dan mantan Pengerusi Parti Tindakan Rakyat, Encik Khaw Boon Wan telah bertemu setiap seorang daripada mereka secara individu, untuk menyuarakan pandangan peribadi mereka secara rahsia dan untuk memudahkan konsensus baru mengenai pemimpin 4G.



Encik Khaw mendapati bahawa majoriti besar mereka yang dirunding, menyokong Menteri Wong sebagai ketua.



Encik Khaw kemudian memberi taklimat kepada Menteri Kabinet, serta Speaker, Encik Tan Chuan-Jin dan pemimpin pekerja, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Encik Ng Chee Meng, mengenai penemuannya, dan semuanya menyokong keputusan Menteri Wong untuk mengetuai pasukan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >