Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Perlu kerjasama bantu golongan memerlukan

Nov 12, 2022 | 08:12 AM



PIHAK-pihak berkepentingan dan masyarakat perlu berganding bahu memastikan perkhidmatan sosial kekal menyeluruh, mudah dan terselaras bagi membantu mereka yang memerlukannya.



Kerjasama ini penting bagi sosial kompak masa hadapan kerana selain keluarga yang memainkan peranan utama dalam memberikan sokongan, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mereka.



Ini dikatakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pagi semalam.



Memberi ucapan pembukaan di Forum Karyawan Perkhidmatan Sosial Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pagi semalam, beliau berkata bahawa forum yang menghimpunkan pengamal perkhidmatan sosial daripada pelbagai pertubuhan adalah penting kerana ia memberi peluang bagi mereka mendalami pengetahuan dan rangkaian kerja serta bekerjasama bagi mempertingkatkan keluarga-keluarga Melayu Islam.



"Sebagai seorang profesional, adalah penting bagi kami untuk dilengkapi dengan kemahiran untuk bekerja dengan orang-orang yang berlainan budaya.



"Ini memastikan perkhidmatan sosial kita kekal sekular dan mudah diakses, untuk semua rakyat Singapura, tanpa mengira bangsa dan agama," ujar beliau.



Beliau menambah bahawa usaha kini telah ditingkatkan untuk memberi lebih tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan dari peringkat awal bagi memastikan masalah tidak menjadi semakin teruk.



Forum yang berlangsung di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) itu telah dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh PPIS semalam.



Sekitar 150 pengamal khidmat sosial yang terdiri daripada para pekerja sosial, para kaunselor dan rakan masyarakat daripada sektor perkhidmatan sosial telah menghadiri forum yang bertemakan, "Memudahkan Kefahaman Bekerjasama Dengan Keluarga Melayu/Islam" itu.



Ia bertujuan memberikan pemahaman mengenai keluarga Melayu/Islam dan memudahkan perbincangan yang lebih mendalam mengenai cabaran yang dihadapi dalam perkhidmatan sosial, apabila bekerjasama dengan kumpulan minoriti dalam masyarakat yang lebih besar dan berbilang budaya.



Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata tema itu dipilih kerana hasrat PPIS untuk mengetengahkan masyarakat Melayu/Islam sebagai satu masyarakat yang sama tetapi tidak serupa dengan masyarakat lain.



Walaupun ada unsur-unsur yang boleh digunakan sebagai panduan, para karyawan perkhidmatan sosial harus memahami lebih mendalam lagi cara-cara setiap keluarga mahupun individu bereaksi apabila berdepan dengan cabaran.



"Dengan dengan tema hari ini, lebih ramai karyawan tidak kira dari masyarakat Melayu/Islam ataupun masyarakat am secara umumnya, boleh lebih memahami masyarakat kita yang sememangnya sebahagian daripada masyarakat Singapura," kata beliau.



Dalam ucapan beliau semalam, beliau juga menyatakan betapa pentingnya bagi seseorang karyawan yang ingin mendampingi dan menawarkan bantuan untuk mengambil masa memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan itu.



Pengarah Kanan Khidmat Sosial PPIS, Cik Azita Abdul Aziz, forum itu juga bertujuan menjadi platform bagi para karyawan yang berpengalaman dan yang baru untuk berkongsi dan bertukar-tukar amalan dan pengalaman terbaik ketika mereka bekerjasama dengan masyarakat Melayu/Islam.



"Forum ini merupakan satu platform di mana para karyawan yang berpengalaman dan yang baru dalam bidang kaunseling dapat sama-sama berkongsi ilmu dan memahami tentang pandangan hidup keluarga daripada latar belakang dan budaya yang berbeza.



"Untuk seorang pekerja sosial atau kaunselor, memahami pandangan pelanggan mereka adalah penting kerana ini boleh membantu mereka memahami bagaimana seorang keluarga itu berfikir dan membuat keputusan dan ini membolehkan para karyawan itu untuk membantu melakar langkah selanjutnya," kata beliau.



Cik Azita berharap melalui platform seperti forum ini, pihak PPIS dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu dan kemahiran di kalangan para karyawan perkhidmatan sosial tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >