Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos sertai panel anjuran BH bincang pemansuhan Seksyen 377A

Aug 26, 2022 | 5:30 AM
Encik Masagos Zulkifli (dua dari kiri) disertai (dari kiri) Encik Abdul Rohim Sorip, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Encik Nazri Hadi Saparin, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, dan Cik Hazlina Abdul Halim dalam perbincangan pascaRapat Hari Kebangsaan berhubung pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Encik Masagos Zulkifli (dua dari kiri) disertai (dari kiri) Encik Abdul Rohim Sorip, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Encik Nazri Hadi Saparin, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, dan Cik Hazlina Abdul Halim dalam perbincangan pascaRapat Hari Kebangsaan berhubung pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian semalam. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

MESKIPUN kumpulan berbeza dalam masyarakat mempunyai keinginan dan kepentingan berbeza, masyarakat harus terus bersatu dan tidak berpecah belah untuk melangkah ke hadapan bersama sebagai satu negara.

Demikian menurut panelis yang menyertai perbincangan pasca Rapat Hari Kebangsaan berhubung isu pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian semalam.

Sesi perbincangan yang berlangsung di pejabat SPH Media di Toa Payoh North itu disertai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy; Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa; pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sorip, dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.

Ustaz Irwan Hadi dan Ustazah Kalthom menyertai perbincangan tersebut dalam rangka peribadi.

Moderator perbincangan itu ialah Encik Nazri Hadi Saparin, Penolong Kepada Editor Berita Harian/Minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg