Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Sokongan tambahan perlu bagi ibu hamil, kesihatan mental

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN bagi golongan ibu dan bakal ibu perlu dipertingkat bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan mental mereka kerana ia berkait rapat dengan pembangunan anak, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Beliau juga menggesa sokongan bertambah bagi bakal wanita hamil yang mengalami diabetes dan ibu yang melahirkan bayi berat badan rendah.



Merujuk kepada kajian tempatan Gusto atau Membesar di Singapura Ke Arah Kesihatan, Encik Masagos berkata kemurungan yang dialami seorang ibu semasa kehamilan menjejas pembangunan struktur mikro otak bayi.



Ini boleh meningkatkan kerentanan, seperti kegelisahan dan gangguan mood atau tingkah- laku dalam diri anak itu kelak.



Selain kesejahteraan dan kesihatan mental ibu, Encik Masagos berkata dua lagi perkara yang boleh diperbaiki ialah bayi yang lahir dengan berat badan rendah serta diabetes semasa mengandung (GDM).



"Kita boleh melakukan lebih banyak dalam beberapa aspek. Tumpukan sumber kita pada jalan pembangunan tertentu yang memerlukan perhatian lebih," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, dalam ucapannya di Perbincangan Temasek Shophouse Ketiga semalam.



Acara maya anjuran Yayasan Temasek dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) itu membincangkan topik 1,000 Hari Pertama - Kesejahteraan Ibu dan Anak.



Ia dihadiri hampir 700 peserta dari sektor masyarakat, swasta dan awam.



Encik Masagos berkata semua orang boleh memainkan peranan dalam menyokong kesihatan mental golongan ibu. Memberi contoh di tempat kerja, beliau berkata sokongan psiko-emosi yang lebih banyak boleh diberikan kepada pekerja dan rakan kerja yang hamil atau baru kembali ke kerja setelah cuti bersalin. Ini boleh dilakukan dengan memberi aturan kerja yang lebih fleksibel.



Sementara itu, satu dalam setiap 10 bayi warga Singapura dilahirkan dengan berat badan rendah dan menghadapi risiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal seperti gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD) dan kegemukan.



Masalah kesihatan dan kekurangan zat makanan ibu, usia ibu dan melahirkan bayi tidak cukup bulan antara faktor utama yang mempengaruhi berat lahir rendah.



Encik Masagos berkata agensi penjagaan kesihatan dan sosial boleh bekerjasama untuk menyokong pasangan muda sedang mereka membuat perancangan menjadi ibu bapa. GDM pula boleh dihidapi satu dalam lima wanita hamil, dan ini meningkatkan risiko ibu menghidap kencing manis dan anak mengalami kegemukan.



Encik Masagos berkata KKH telah memulakan Program Penjagaan GDM Yayasan Temasek untuk memberi penjagaan dipertingkat kepada ibu-ibu yang menghidapi GDM, tetapi lebih banyak boleh dilakukan oleh agensi sosial, penjagaan kesihatan dan pertubuhan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >