Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos temui jemaah di Shisha

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



SEMASA di Tanah Suci sebagai ketua rombongan haji Singapura, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengunjungi jemaah di penginapan mereka di Shisha semalam.



Beliau juga berpeluang bersarapan bersama jemaah dan pengurusan Halijah Travels, salah satu ejen penjualan pakej haji (GSA) yang membawa jemaah Singapura menunaikan ibadah itu tahun ini.



Mereka telah mengongsi pengalaman dan maklum balas tentang perjalanan haji mereka.



"Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) yang diketuai Ketua Eksekutif Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), Encik Kadir Maideen, akan meneliti maklum balas mereka dan melihat bagaimana kita dapat memperbaiki musim haji akan datang," kata Encik Masagos dalam satu kiriman Facebook semalam.



Beliau berkata, dalam minggu-minggu akan datang, jemaah Singapura akan mula berangkat pulang dan pasukan perubatan SPAO sedang mengagihkan kit ujian pantas antigen (ART) kepada jemaah menerusi GSA masing-masing untuk mereka uji diri mereka sebelum berangkat pulang ke tanah air.



Ini supaya mereka sedar akan status Covid-19 mereka, kata Encik Masagos.



"Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pasukan staf, kakitangan perubatan, relawan, wakil GSA, MOH (Kementerian Kesihatan) dan agensi serta pihak berkuasa Saudi di atas sokongan mereka menjadikan musim haji unik semasa pandemik ini satu kejayaan.



"Kerjasama erat antara pelbagai pihak ini termasuk jemaah yang paling bekerjasama adalah penting dalam menjayakan haji ini," kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >