Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos ucap tahniah atas pengiktirafan dua kumpulan masyarakat Melayu bantu orang ramai harungi pandemik

Dec 29, 2022 | 08:08 PM



SUMBANGAN dan usaha gigih Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu dan Kumpulan Kerja Covid-19 Melayu/Islam dalam membantu masyarakat mengharungi situasi pandemik mendapat pengiktirafan, dengan dua kumpulan itu menerima Sijil Kepujian Presiden (Covid-19).



Sijil itu merupakan antara anugerah negara khas dalam sembilan kategori yang diberikan kepada sekitar 9,500 individu dan 480 pasukan atas sumbangan cemerlang mereka dalam perjuangan negara menentang Covid-19.



Kedua-dua Pasukan Bertindak SG TeguhBersatu dan Kumpulan Kerja Co vid-19 Melayu/Islam itu dipengerusikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu memastikan bantuan peringkat nasional sampai kepada masyarakat Melayu/Islam, dan menerajui inisiatif khusus untuk masyarakat di tengah-tengah pandemik. 



Di bawah Kumpulan Kerja Covid-19 Melayu/Islam pula, asatizah dan pakar perubatan berganding bahu untuk memberi bim bingan genting dan sesuai dari sisi agama dan perubatan untuk membantu masyarakat mengharungi Covid-19.



Menulis di Facebook pada Khamis (29 Disember), Encik Masagos berkata mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan itu atas pengiktirafan yang diterima.



“Kedua-duanya dibentuk dengan cepat untuk membantu masyarakat mengharungi cabaran Covid-19 khusus bagi masyarakat Islam dan menyokong inisiatif nasional de ngan program sokongan yang disasarkan untuk masyarakat.



“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas sumbangan cemerlang mereka, dan dedikasi semasa waktu sukar ketika kita menentang Covid-19.



"Kita menghadapi masa yang mencabar itu de ngan semangat berdaya tahan dan prihatin serta bersatu sebagai sebuah masyarakat untuk menyokong negara.



“Kita sememangnya telah muncul lebih kuat bersama, Alhamdulillah. Ayuh teruskan semangat gotong-royong kita dan menyokong satu sama lain mengharungi apa jua cabaran yang datang,” kata beliau.



Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu diwakili agensi M³, badan Melayu/Islam dan masyarakat, termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Si ngapura (Pergas), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Jawatankuasa Eksekutif Ke giatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) dan kementerian.



Antara usaha yang dilakukan termasuk kerjasama Muis dengan agensi relevan untuk membantu asatizah yang terjejas bagi memanfaatkan skim di bawah Belanjawan Berdaya Tahan termasuk Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) dan Geran Bantuan Covid-19.



Mendaki pula menghulurkan bantuan hampir $1.9 juta secara serta-merta bagi membantu masyarakat Melayu/Islam yang terjejas ekoran pandemik Covid-19, dengan bantuan disasarkan kepada keluarga kurang mampu sambil memberitahu mereka maklumat skim sokongan terkini yang terdapat di peringkat nasional dan masyarakat.



Sementara itu, Mendaki Sense telah menganjurkan pameran kerjaya alam maya dan membantu dalam memudahkan penempatan kerja. PPIS dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pula telah menerajui usaha mengadakan sesi kaunseling menerusi pautan video bagi pesakit Covid-19 dan keluarga setempat bagi menawarkan sokongan dari segi emosi serta kerohanian.



Di bawah Kumpulan Kerja Melayu/Islam Covid-19 pula, keputusan bagi isu kompleks berkaitan agama telah dibuat dengan bimbingan asatizah dan pakar perubatan supaya ia selari dengan keperluan kesihatan di tengah-tengah pandemik.



Ini termasuk keputusan untuk menutup semua masjid dan menangguhkan ibadah haji semasa kemuncak pandemik serta membantu umat Islam membuat penyesuaian dari segi amalan sepanjang Ramadan dan Syawal.



Antara yang terlibat dalam kumpulan kerja itu ialah Ustaz Zahid Zin dan presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Zuraimi Mohamed Dahlan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >