Matlamat S'pura beri 2/3 penduduk 2 dos vaksin jelang Ogos, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Matlamat S'pura beri 2/3 penduduk 2 dos vaksin jelang Ogos

Program vaksinasi dipercepat dengan hingga 80,000 dos vaksin diberi mulai esok: Ye Kung
Jun 25, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA menyasarkan dua pertiga daripada penduduknya menerima vaksin sepenuhnya dengan dua dos menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

Ini selepas program vaksinasi nasional akan dipercepatkan dengan sehingga 80,000 dos vaksin diberi setiap hari mulai esok, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semalam.

Ini berbanding 47,000 dos sehari diberikan sekarang serta sekitar 40,000 dos sehari bulan lalu.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebelum ini mengumumkan sasaran dua pertiga penduduk menerima sekurang-kurangnya dos pertama pada awal Julai, dengan semua yang layak menerima vaksin menerima dos pertama menjelang Hari Kebangsaan.

Dalam sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 (MTF) semalam, Encik Ong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata "ini adalah sasaran yang bercita-cita tinggi tetapi ia dapat dicapai".

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut beliau, negara ini dapat mempercepatkan program vaksinasi kerana pengiriman bekalan vaksin yang telah dipercepatkan.

Lagi 500,000 slot vaksinasi akan dibuka buat orang ramai mendapatkan dos pertama vaksin tersebut dalam masa beberapa hari mendatang sehingga pertengahan bulan depan.

"Setelah kita mengesahkan jadual bekalan, kita kini yakin bahawa kita dapat memberi vaksin kepada lebih ramai orang dan dengan lebih pantas," ujar Encik Ong.

Jelasnya, jika bekalan terus tiba seperti dirancangkan, majoriti penduduk yang mahu mengambil vaksin akan menerima dos pertama pada separuh kedua bulan depan.

Apabila sasaran ini dipenuhi, Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak semula tempoh masa sekarang di antara dua dos, selama enam hingga lapan minggu dikurangkan kepada empat minggu.

"Setelah kita mencapai ini, tidak masuk akal untuk kita terus menunggu enam hingga lapan minggu sehingga Ogos atau lebih lama, bagi dos kedua," terang Encik Ong.

Dengan memendekkan tempoh di antara dua dos itu, ia bermakna orang ramai akan diundang untuk memilih tarikh lebih awal bagi dos kedua, sekali gus membolehkan lebih ramai menyelesaikan vaksinasi dengan dua dos dan perlindungan maksimum lebih awal, kata MOH.

Sementara itu, tempoh keutamaan bagi warga berusia 12 hingga 39 tahun dilanjutkan selama seminggu lagi, sehingga 1 Julai. Mereka yang ada janji temu dos pertama pada separuh kedua Julai digalak agar mempercepatkannya.

Sehingga 23 Jun, lebih tiga juta orang atau 53 peratus penduduk setempat sudah menerima sekurangnya satu dos vaksin, kata Encik Ong. Manakala 36 peratus penduduk sudah divaksin sepenuhnya.

Namun Encik Ong menarik perhatian bahawa lebih banyak usaha diperlukan untuk menggalak warga emas mendapatkan vaksin.

Ini kerana sementara 75 peratus mereka berumur 60 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau menempah vaksinasi, namun ini tidak cukup untuk perlindungan.

Tambah Encik Ong, sedang Singapura memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk dengan lebih cepat, pasukan bertindak itu akan melakarkan pelan untuk beralih ke masa depan di mana Covid-19 akan menjadi endemik.


SEKILAS PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM VAKSINASI

  • Mulai 26 Jun, sehingga 80,000 dos sehari diberi, berbanding 47,000 dos sehari pada masa ini
  • Mereka yang ada slot vaksinasi pada separuh kedua Julai digalak percepat janji temu
  • Tempoh keutamaan vaksinasi bagi warga Singapura berusia 12 hingga 39 tahun dilanjutkan seminggu hingga 1 Julai
  • Pemerintah akan semak semula garis panduan kesihatan bagi mereka sudah divaksin; termasuk saiz perhimpunan lebih besar mungkin dibenarkan, longgarkan jarak selamat, pelawat dikenakan ujian lebih kerap tanpa notis jangan keluar rumah

Laporan lanjut: Garis panduan individu divaksinasi akan disemak

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map