Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MBS, Las Vegas Sands ikrar $1.4j bagi biasiswa tanpa bon untuk pelajar SG

Aug 29, 2022 | 05:48 PM



MARINA Bay Sands (MBS) dan syarikat induknya, Las Vegas Sands, telah bersama-sama mengikrarkan AS$1 juta ($1.4 juta) bagi sebuah program biasiswa tanpa bon baru bagi pelajar Singapura.



Biasiswa itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih 100 pelajar Singapura yang mengikuti kursus hospitaliti atau berkaitan dengan pelancongan. 



Program Biasiswa Hospitaliti Sands itu akan dibuka kepada pelajar daripada enam institut pengajian tinggi (IHL) di Singapura: Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Poli-teknik Republic, Politeknik Singapore, Politeknik Temasek, dan Institut Teknologi Singapura. 



Pelajar perlu mendaftarkan diri dalam kursus yang bermula dari 2023 dan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun untuk layak memohon bagi program biasiswa itu. 



Penerima biasiswa boleh menggunakan dana itu untuk perbelanjaan seperti yuran tuisyen, bahan kursus dan program penyerapan (immersion) di luar negara. 



Sebuah Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara MBS, Las Vegas Sands dan enam IHL itu semalam di majlis yang turut dihadiri Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan. 



Dalam kenyataan mereka hari ini (29 Ogos), MBS menyatakan program biasiswa itu sebahagian daripada usaha mereka menyokong pembangunan tenaga kerja industri hospitaliti. 



MBS turut menyatakan resort bersepadu (IR) mereka kini menggaji hampir 10,000 orang, dengan dua pertiga daripada mereka rakyat tempatan. 



Ketua Pegawai Operasi MBS, Encik Paul Town, berkata: “Sebagai salah satu pemain hospitaliti terbesar Singapura, IR kami sentiasa mencari bakat terbaik untuk menyertai kami dalam tahap pertumbuhan kami yang seterusnya.”



Naib Presiden Kanan Komunikasi Global Dan Hal Ehwal Korporat Las Vegas Sands, Encik Ron Reese, berkata industri pelancongan Singapura berdaya tahan dan dijangka berkembang pesat sedang pelancongan sejagat kini telah bermula semula. 



“Dengan melabur dalam pendidikan untuk membantu belia mewujudkan kerjaya dalam bidang hospitaliti, kami menyokong masa depan industri kami dan kepimpinan berterusan Singapura sebagai destinasi pelancongan global utama,” ujar beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >