Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Melayu capai banyak kemajuan tapi perjalanan masih jauh: Maliki

Prihatin isu ponteng sekolah berpanjangan dalam kalangan pelajar Melayu; mahu beri tumpuan pada program 'Uplift'
Sep 22, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam di sini telah menunjukkan banyak kemajuan dalam bidang akademik tetapi masih terdapat lagi cabaran yang perlu dihadapi demi melangkah lebih jauh.



Antaranya termasuk isu ponteng sekolah berpanjangan dalam kalangan pelajar Melayu yang masih tinggi dan perlu ditangani.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) buat kali pertama selepas menjawat jawatan selaku Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman mengongsi tentang program Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) - sesuatu yang akan beliau berikan tumpuan dalam kementerian tersebut.



Dalam wawancara lebih sejam di Sekolah Rendah Naval Base, Dr Maliki yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, melahirkan keprihatinannya terhadap golongan pelajar di bawah program tersebut yang mengalami masalah ponteng sekolah yang berpanjangan.



Menurutnya, program tersebut bertujuan memastikan para pelajar diberikan sokongan dan bimbingan yang sewajarnya, agar mereka juga dapat meraih kejayaan di hari muka meski datang daripada latar belakang sosial yang mencabar.



"Jika mereka tidak ke sekolah, ini bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendapat pendidikan yang diperlukan, bimbingan dan perhatian daripada guru dan rakan-rakan.



"Pendidikan bukan sahaja dari segi persekolahan sahaja, tetapi juga berinteraksi selain menggarap kemahiran yang diperlukan.



"Jika mereka tidak ke sekolah, mereka akan kekosongan dan ketinggalan.



"Tanpa pendidikan atau kemahiran, masa depan mereka akan menjadi kurang cerah dan susah untuk mereka mendapatkan pekerjaan. Inilah sesuatu yang tidak kita inginkan.



"Kami mahu potensi mereka digilap dan meraih masa depan yang lebih cerah," katanya.



Dr Maliki turut menyentuh tentang peluang bagi pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) terus mempertingkatkan diri meski selepas tamat pengajian.



"Ramai mempunyai aspirasi untuk mendapatkan diploma. Kami akur akan aspirasi tersebut. Kami mempunyai konsep baru dan ini ialah Diploma Bekerja-Belajar," ujarnya.



Menurutnya menerusi program itu, beliau mahu menekankan bahawa perjalanan meraih diploma itu misalnya, bukan sahaja laluan sehala, sebaliknya laluan yang pelbagai atau multiple pathways.



Dr Maliki turut menyentuh tentang peranannya dalam Kementerian Ehwal Luar sebagai Menteri Kedua serta pandangannya tentang peranan barunya menerajui Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan kesemua lapan M3@Bandar.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >