Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memanah bantu khusyuk dalam solat, kawal perasaan

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



MINAT Ustaz Fachruddin Dzaki Mohamed kepada sukan memanah telah membawa beliau ke banyak negara Asia dan Eropah.



Selain menyambung tradisi sunnah iaitu mengamalkan kegiatan sukan yang digemari Nabi Muhammad saw itu, menerusi memanah, beliau juga dapat mempromosikan budaya Melayu dan mengibarkan bendera negara dalam pertandingan antarabangsa yang diadakan di negara-negara itu.



Namun, ada satu lagi kelebihan memanah yang membuat Ustaz Fachruddin Dzaki, 40 tahun, terpaut dan semakin mahu mendalami sukan memanah.



"Ramai yang tahu bahawa Rasulullah saw gemar memanah tetapi ada rahsia di sebalik kecintaan baginda terhadap sukan itu - iaitu mencapai khusyuk dalam solat," jelas Imam Eksekutif Masjid Ahmad Ibrahim dekat Mandai itu memulakan cerita.



Menurut beliau, memanah memerlukan seseorang pemanah itu memberi sepenuh tumpuan pada sasaran yang menjadi tumpuan anak panahnya.



Jika pemanah itu tidak dapat berbuat demikian - iaitu melepaskan anak panah dalam keadaan tergesa-gesa, hilang fokus kerana teringat perkara lain, ketawa, marah, sedih dan dipenuhi emosi - anak panahnya tidak akan dapat menemui sasaran, kata beliau.



"Begitu juga dalam solat. Ramai di antara kita yang berusaha mencapai khusyuk dalam solat dengan mengikuti pelbagai kelas menghalusinya.



"Memanah dapat membantu mencapai tujuan ini. Konsepnya serupa. Untuk mencapai khusyuk dalam solat, seseorang itu perlu menumpukan sepenuh perhatian pada solatnya.



"Dia tidak akan dapat khusyuk jika dalam solatnya, dia teringat perkara lain sama ada tugas, isteri, anak, kekasih, masalah dan sebagainya," terang Ustaz Fachruddin Dzaki, yang juga setiausaha persatuan Traditional Archers Singapore (TAS), yang menganjur dan mempromosikan kegiatan memanah tradisional di Singapura.



Menurut beliau, selain khusyuk solat, teknik menarik dan melepaskan tali busur panah juga mengajar seseorang itu mengawal perasaannya.



Beliau, yang mengakui diri sebelum ini sebagai mudah marah dan cepat memberi reaksi kepada kenyataan kurang menyenangkan yang didengarnya, menambah bahawa dengan menggunakan teknik serupa, beliau menjadi lebih matang dan akan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.



"Seperti perbuatan menarik tali pada busur panah, saya akan menilai dulu situasi apabila berdepan masalah serupa, sama ada dalam pergaulan dengan anggota keluarga, rakan-rakan atau apabila berdepan situasi tegang di tempat kerja.



"Dengan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak atau dengan kata lain melepaskan anak panah saya itu, saya dapat membuat keputusan lebih baik yang mungkin dapat mengelakkan berlakunya masalah lebih besar," ujar beliau.



Selain terlibat dalam kegiatan memanah bersama TAS setiap petang Ahad, Ustaz Fachruddin Dazki juga mengamalkan beberapa gerak senaman di rumah secara sendirian dan bersama keluarganya.



Setiap pagi, selepas membaca Al-Quran dan berzikir, beliau akan menarik sejenis getah senaman untuk memperkuat otot lengan, bahu dan belakangnya.



Ini akan diikuti dengan berjalan menghantar anak beliau yang berusia 10 dan 12 tahun ke sekolah rendah yang terletak berhampiran rumahnya di Woodlands sebelum bergegas ke tempat kerja dengan menaiki bas.



Pada hujung minggu, beliau sering mengajak isteri dan anaknya beriadah sambil bersenam di taman dekat rumahnya dan di Woodlands Waterfront.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >