Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: MENYOKONG PEKERJA MELAYU/ISLAM

Mendaki akan bekerja rapat dengan NTUC untuk sokong pekerja

Zaqy: Langkah perkukuh kebolehan pekerja, jamin penempatan kerja dalam sektor yang sedang membangun dan baru muncul setelah selesai ikuti latihan
M3
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



MENDAKI akan bekerja rapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi memanfaatkan rangkaian serta keupayaannya dalam menyokong dan mengukuhkan kebolehan pekerja Melayu/Islam di sini serta menjamin penempatan kerja dalam sektor yang sedang membangun dan baru muncul setelah selesai mengikuti latihan.



NTUC juga akan memanfaatkan rangkaian M Kuasa Tiga (M³) bagi sokongan dan jangkauan lebih hebat kepada pekerja Melayu/Islam.



"Kami mahu meningkatkan kemahiran pekerja kerana kita melihat keadaan pekerjaan yang telah berubah. Kita melihat sektor-sektor yang tumbuh dan sedang berkembang," kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.



"Kita ada skim pemerintah seperti Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited di mana kita mempunyai banyak pekerjaan. Pada masa sama kami juga melihat kemahiran yang tidak sepadan di antara masyarakat kita dan apa yang diperlukan oleh ekonomi.



"Amat penting untuk kami menyediakan masyarakat melalui kemahiran semula (reskilling) atau mendorong mereka, terutama belia kita, untuk memasuki sektor berkembang supaya mereka mempunyai kerjaya yang lebih produktif," katanya, yang juga penasihat Bidang Tumpuan Keempat (FA4), Pekerjaan dan Daya Kerja di bawah rangkaian M³.



Hab Pembelajaran (LHUB) NTUC telah melanjutkan program penukaran kerjaya tertumpu dalam sektor ICT, serta program Kemahiran SGUnited dengan pelbagai sektor yang sedang membangun yang mempunyai tawaran kerja yang konkrit.



NTUC akan juga bekerjasama dengan M³ bagi memanfaatkan keupayaan pemimpin kesatuan Melayu/Islam untuk memberi sokongan terakhir dalam memadankan pekerjaan dengan pencari kerja Melayu/Islam.



LHUB dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC turut bekerjasama dengan M³ bagi menganjurkan pameran kerjaya maya khusus buat Wanita Kembali Bekerja (BWW).



Lebih 500 kerja kosong yang menawarkan aturan kerja fleksibel, masa bekerja yang dikurangkan dan faedah keluarga disediakan untuk membantu wanita bekerja di samping tanggungjawab pengasuhan mereka.



Tahun ini, sekitar 90 wanita mengambil bahagian dalam program BWW dengan 12 daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan.



"Dengan kerjasama kukuh antara Mendaki Sense, FA4 dan NTUC, kami mewujudkan penyambung sokongan di mana kami mahu memastikan yang kami memberi keupayaan latihan untuk wanita kembali ke kerja.



"Pada masa sama, daripada perspektif NTUC, kami mahu berunding dengan majikan agar mereka juga faham yang kita perlukan tenaga kerja ini untuk memasuki kembali industri," kata Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang menerajui FA4.



"Kami bekerjasama dengan Unit Wanita dan Keluarga (WAF) NTUC dan menggerakkan majikan untuk melihat kemungkinan di mana kita dapat mengurangkan masa, mempunyai aturan fleksibel dan mencari tempat kerja yang dekat dengan kawasan mereka. Ini semua adalah insiatif yang kami sedang usahakan," tambahnya.



Encik Fahmi turut mengongsi tentang kerjasama yang sedang diusahakan dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), bagi menyediakan laluan untuk wanita yang tidak dapat mencari pekerjaan sesuai disebabkan oleh keperluan pengasuhan.



"Kami memberi mereka peluang mempejari kemahiran keusahawanan dan lakukan sesuatu dari rumah, pada masa sama membawa pendapatan kepada keluarga dan meningkatkan kehidupan seluruh keluarga," katanya.



Sementara itu, lebih 700 pekerja diberi bimbingan dan kaunseling kerjaya di bawah Mendaki Sense, dengan sekitar 40 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan tahun ini.



Mendaki Sense juga menganjurkan 72 bengkel latihan kemahiran sepanjang tahun ini yang dihadiri lebih 1,800 pekerja.



Bilangan penuntut dewasa yang mengikuti latihan kemahiran anjuran Mendaki Sense pula didapati naik lebih 27 peratus tahun ini hingga 31 Oktober lalu, berbanding 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda.




RESPONS TERHADAP INSIDEN BERKAITAN DISKRIMINASI ANTARA KAUM DI SINGAPURA



"Apabila kita mendengar kata-kata hasutan yang boleh mencetus rasa tidak puas hati antara kaum, respons kita adalah berasaskan tujuan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian antara kaum. Ini sebab mengapa Muis menganjurkan Seminar Prapersidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS), untuk memastikan masyarakat berpegang pada keperluan untuk mengutamakan keamanan dan keharomnian dalam membuat keputusan agama, terutama sekali dalam masyarakat berbilang agama seperti Singapura dengan minoriti Muslim."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam tentang respons masyarakat Melayu/Islam terhadap insiden berkaitan diskriminasi antara kaum di Singapura.



KEJAYAAN PROGRAM KMM@CC



"Ia adalah (hasil) usaha pendampingan ibu bapa dan kaunseling ibu bapa yang, apabila (mereka) sedar tentang pentingnya mempersiapkan anak-anak bagi darjah satu, terdapat banyak perubahan dalam sikap."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, tentang kejayaan program KMM@CC menjangkau kepada hampir 1,600 pelajar tahun ini.



MEMPERKASA WANITA DENGAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN



"Kami memberi mereka peluang mempelajari kemahiran keusahawanan dan lakukan sesuatu dari rumah, pada masa sama membawa pendapatan kepada keluarga dan meningkatkan kehidupan seluruh keluarga."
- Encik Mohd Fahmi Aliman, Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, tentang kerjasama yang sedang diusahakan dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi menyediakan laluan untuk wanita yang tidak dapat mencari pekerjaan sesuai disebabkan oleh keperluan pengasuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >