Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mendaki, Muis dan Mesra lancar pejabat bersama di Wisma Geylang Serai

Jan 25, 2019 | 7:19 PM
PEJABAT BERSAMA: (Dari kiri) CEO Mendaki, Cik Rahayu Buang; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood dan Pengerusi Mesra, Encik Omar Ismail melancarkan logo M3 di pejabat M³@WGS.
PEJABAT BERSAMA: (Dari kiri) CEO Mendaki, Cik Rahayu Buang; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood dan Pengerusi Mesra, Encik Omar Ismail melancarkan logo M3 di pejabat M³@WGS. - Foto Khalid Baba

PEJABAT bersama M Kuasa Tiga (M³) - yang menggabungkan Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - telah dilancarkan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, hari ini (25 Januari).

Terletak di tingkat tiga Wisma Geylang Serai (WGS), pejabat yang dikenali sebagai M³@WGS itu akan berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan bagi masyarakat Melayu/Islam.

Ketika ditemui, Encik Masagos berkata Muis, Mendaki dan Mesra mempunyai kekuatan masing-masing tetapi dengan menggembleng tenaga, mereka dapat berbakti kepada masyarakat dengan lebih baik dan dengan cara yang lebih teratur.

Dengan M³@WGS, masyarakat Melayu/Islam kini boleh mendapatkan maklumat mengenai program di peringkat nasional mahupun yang dikendalikan Muis, Mendaki dan Mesra.

Antara khidmat yang ditawarkan di M³@WGS termasuk pembayaran zakat dan derma, pendaftaran bagi program pendidikan atau bantuan kewangan serta pemohonan pekerjaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg