Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki pergiat usaha pupuk minat pelajar Melayu/Islam dalam bidang Stem

Kerjasama dengan syarikat semikonduktor Micron bagi dedah pelajar dari peringkat prasekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
Jul 20, 2023 | 07:53 PM



Pelajar Melayu/Islam setempat daripada pelbagai lapisan umur kini berpeluang mendapat lebih banyak pendedahan dalam sektor Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) menerusi program Yayasan Mendaki hasil kerjasama dengan syarikat semikonduktor, Micron.

Program menyeluruh selama tiga tahun itu merangkumi biasiswa, program bekerja sambil belajar dan darmawisata yang bertujuan memupuk minat dan menyokong pelajar menceburi bidang kejuruteraan.

Pada Khamis, satu memorandum persefahaman (MOU) dimeterai antara badan bantu diri Melayu/Islam dengan syarikat semikonduktor itu, yang disaksikan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, berkata: “Micron merupakan rakan korporat pertama yang akan terlibat dalam hampir semua program utama Mendaki. Ini kerjasama yang juga satu pencapaian. Masyarakat kita akan digalak untuk mempelajari kepentingan pendidikan Stem dan meneroka lebih banyak peluang dalam sektor baru.”

Di bawah kerjasama itu, Mendaki dan Micron melancarkan biasiswa khas buat pelajar politeknik dalam jurusan kejuruteraan.

Biasiswa tersebut bertujuan memberi manfaat kepada lima pelajar setahun, dengan setiap pelajar menerima $4,000. Mereka juga berpeluang menjalani program bekerja sambil belajar di Micron.

Encik Zaqy berkata lebih ramai pelajar Melayu/Islam melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan biasiswa itu diharap dapat membantu mereka.

“Setiap tahun, Mendaki menerima permohonan yang amat banyak bagi pelbagai skim biasiswa dan dermasiswa. Tahun ini, permohonan bagi biasiswa dan dermasiswa bagi pelajar diploma bertambah sebanyak 40 peratus,” kata Encik Zaqy.

Beliau menambah: “Biasiswa ini termasuk peluang bekerja sambil belajar di Micron, membolehkan pelajar meraih pengalaman industri yang berharga dan mengasah kemahiran mereka dengan lebih terperinci.”

Pelajar sekolah menengah hingga peringkat pengajian tinggi akan ditawarkan pelbagai kegiatan pembelajaran seperti kem dan darmawisata.

Contohnya, sebuah kem tiga hari akan dianjurkan sewaktu cuti sekolah November bagi sekurang-kurangnya 30 pelajar sekolah menengah.

Diberi nama Micron Foundation’s Chip Camp, kegiatan itu bertujuan memberi pelajar peluang latihan amali dalam sektor semikonduktor, sains dan teknologi serta memupuk minat mereka menceburi pendidikan Stem dan selanjutnya, kerjaya dalam bidang tersebut.


Darmawisata ke Micron pula bakal dianjurkan bagi pelajar posmenengah dan institut pengajian tinggi (IHL) untuk membolehkan mereka dan ibu bapa memahami jangkaan bekerja dalam sektor semikonduktor secara lebih mendalam dan membuka peluang untuk mereka berinteraksi dengan pemimpin serta karyawan industri.

Kanak-kanak prasekolah dan pelajar di peringkat lebih tinggi juga diberi sokongan tambahan kerana kerjasama itu melibatkan karyawan Micron yang menjadi relawan serta mentor dalam inisiatif Mendaki, seperti KelasMateMatika (KMM) dan program Mara Mentoring.


Cik Sim Cher Whee, Naib Presiden Mobiliti & Pemerolehan Bakat Sejagat, Micron Technology berkata:


“Kerjasama jangka panjang ini...merupakan salah satu komitmen strategik untuk memperkukuh budaya inklusif. Kami di Micron ingin berkongsi kepakaran kami dalam AI (kecerdasan buatan), pembelajaran mesin, Internet of Things (IoT), pendigitalan, selain mendedahkan pelajar kepada dunia baru ini dan menekankan keperluan... mempertingkat diri dan merebut peluang dalam industri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >