Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Mengukuh ikatan kekeluargaan sentiasa dalam fikirannya...

'Pejuang' bagi Perikatan untuk Bertindak (AfA) Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga, Ishak Ismail, gariskan 5 bidang tumpuan
Dec 24, 2021 | 05:30 AM



DAHULU, keluarga berangkai yang tinggal sebumbung satu perkara yang biasa dilihat di sini.



Keadaan ini membantu memupuk hubungan akrab antara seisi keluarga, yang berinteraksi satu sama lain setiap hari. Mereka juga lebih mudah meminta dan menghulurkan bantuan semasa sendiri.



Namun, amalan ini telah berubah dengan unit keluarga setiap isi rumah kini lebih kecil, kata 'pejuang' bagi Perikatan untuk Bertindak (AfA) Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga, Encik Ishak Ismail.



Keadaan ini pula boleh menyebabkan interaksi antara saudara-mara berkurangan dan mewujudkan hubungan yang kurang rapat, tambah beliau.



Dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) baru-baru ini, AfA adalah sebahagian usaha secara aktif bagi menggerakkan pihak berkepentingan dalam keluarga, rakan kongsi masyarakat dan warga Singapura lebih luas untuk bersama-sama berusaha ke arah mengukuhkan perhubungan kekeluargaan dan perkahwinan.



Encik Ishak, yang juga merupakan pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), berkata tindakan proaktif harus dilaksanakan untuk memastikan bagaimana keluarga lebih besar dapat memberi bantuan kepada unit keluarga lebih kecil pada masa ini, walaupun mereka tinggal di bawah bumbung berasingan.



Satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan memperkukuh perkahwinan dan keluarga, yang turut menjadi tumpuan utama AfA.



Selain itu, Encik Ishak berkata AfA akan memberi tumpuan kepada lima lagi bidang tumpuan, iaitu usaha mendekati keluarga menerusi rakan kongsi masyarakat; sokongan bagi pengantin baru; keibubapaan bersama; sokongan bagi ibu bapa tunggal dan sokongan bagi keluarga yang dianggap berada di tahap risiko awal.



Selain bekerjasama dengan M Kuasa Tiga (M3) - yang dibentuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - AfA juga akan bekerjasama dengan FFL, rakan kongsi masyarakat lain serta pertubuhan keagamaan bagi tujuan ini.



KEPRIHATINAN



Menurut Encik Ishak, bilangan perkahwinan di sini semakin merosot dan kadar perceraian di awal perkahwinan yang bertambah menjadi salah satu kebimbangan bagi Singapura.



Menurut perangkaan Jabatan Statistik berhubung perkahwinan dan perceraian, jumlah perkahwinan jatuh sebanyak 10.9 peratus - daripada 25,434 pada 2019 kepada 22, 651 pada 2020.



Antara lain, ini disebabkan gangguan pandemik Covid-19, termasuk sekatan Pemutus Litar (CB) dan langkah-langkah pengurusan selamat yang telah menjejas rancangan pasangan untuk berkahwin dan mengadakan majlis persandingan, sejak Mac 2020.



Pada masa yang sama, kadar perceraian secara am telah merosot, tetapi jumlah perkahwinan yang dibubarkan kini adalah lebih tinggi dalam kumpulan pasangan yang baru berkahwin.



Menurut Encik Ishak, pandemik ini juga telah menjejas dengan secara amat ketara institusi keluarga, dengan usaha keibubapaan kini menjadi lebih mencabar.



Ini termasuk menangani tekanan ke atas anak-anak yang kian bertambah, dari sudut akademik dan jangkaan masyarakat, yang lebih ketara dengan penggunaan media sosial yang lebih berleluasa.



"Sedang ini semua berlaku, kami merasakan bahawa keluarga tetap menjadi tonggak sokongan terhadap isu ini kerana ramai yang akan mengadu kepada keluarga untuk sokongan emosi apabila berada dalam kesusahan," kata Encik Ishak, merujuk kepada trend yang diperhatikannya.



"Dengan bantuan AfA, kami dapat menjangkau dan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.



"Rumah tangga yang kukuh juga mencerminkan ikatan keluarga yang erat. AfA berusaha untuk memupuk dan mencipta bersama ekosistem bagi mengukuhkan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan, mengenal pasti jurang antara masalah keluarga dan juga bagaimana kami dapat menyokong dan membantu dalam perkongsian dengan masyarakat dan dengan membina beberapa inisiatif," jelas Encik Ishak.



"Kami berharap dapat menyediakan hab sokongan yang mudah diakses dan difahami. Kami ingin mengurangkan jurang kesedaran supaya lebih ramai orang dapat manfaatkan program sokongan yang kami sediakan," tambah beliau.




"Rumah tangga yang kukuh juga mencerminkan ikatan keluarga yang erat. AfA berusaha untuk memupuk dan mencipta bersama ekosistem bagi mengukuhkan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan, mengenal pasti jurang antara masalah keluarga dan juga bagaimana kami dapat menyokong dan membantu dalam perkongsian dengan masyarakat dan dengan membina beberapa inisiatif. Kami berharap dapat menyediakan hab sokongan yang mudah diakses dan difahami. Kami ingin mengurangkan jurang kesedaran supaya lebih ramai orang dapat manfaatkan program sokongan yang kami sediakan."
- Encik Ishak Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >