Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mercy Relief bantu 2j mangsa bencana sepanjang 15 tahun

Sep 22, 2018 | 3:37 PM
ULANG TAHUN MERCY RELIEF: Encik Masagos bersama hadirin di acara sempena ulang tahun ke-15 Mercy Relief di Our Tampines Hub pada 22 September 2018.
ULANG TAHUN MERCY RELIEF: Encik Masagos bersama hadirin di acara sempena ulang tahun ke-15 Mercy Relief di Our Tampines Hub pada 22 September 2018. - Foto NUR ADILAH MAHBOB

SEJAK ditubuhkan pada 2003, badan bantuan kemanusiaan setempat Mercy Relief telah membantu lebih dua juta orang di 25 negara yang terjejas dengan bencana alam.

Sepanjang 15 tahun lalu, badan itu telah mengumpul lebih $34 juta dan mengendalikan lebih 50 projek pembangunan bagi membantu masyarakat dalam negara seperti Nepal, Indonesia, Filipina dan Timor Leste.

Badan itu menyambut ulang tahunnya yang ke-15 tahun ini dalam satu acara Ground Zero Carnival di Our Tampines Hub yang akan berlangsung sehingga esok (23 September).

Majlis pelancaran acara itu hari ini dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Sempena sambutan itu, Mercy Relief turut melancarkan usaha mengumpul dana selama 100 hari bagi menyokong program dan perkhidmatan badan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg