AGENSI bantuan bencana bebas Singapura Mercy Relief bakal mengerahkan pasukan tindak balas bencana ke Pulau Lombok, Indonesia, yang dilanda gempa sekuat 6.9 magnitud pada 7.46 petang semalam (Ahad).
Pasukan tersebut akan berlepas dari Singapura pagi esok untuk menjalankan fasa pertama operasi bantuan kecemasan dan bekerja dengan rakan kongsi di Lombok untuk memastikan keperluan segera mangsa bencana.
Mercy Relief akan melancarkan rayuan pengumpulan dana awam di Singapura dari 6 Ogos hingga 8 September.
Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka melalui cara-cara berikut:
1) Derma kad kredit melalui laman web Mercy Relief: www.mercyrelief.org
2) Cek berpangkah (crossed) yang ditujukan kepada "Mercy Relief Limited" dengan "Lombok Earthquake 2018 Relief" dan emel dituliskan di belakang cek tersebut, dan dihantar ke Blk 160, Lorong 1 Toa Payoh #01-1568, Singapura (310160)
3) Derma tunai di Blk 160, Lorong 1 Toa Payoh, #01-1568, Singapura (310160)
4) Pindahan dana ke akaun DBS Mercy Relief 054-900493-6
5) Pengumpulan dana beramai-ramai melalui giving.sg untuk "Lombok Earthquake 2018 Relief", https://www.giving.sg/mercy-relief/lombok_earthquake_2018_relief


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg