Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief terus bantu mangsa gempa meski pasukan telah pulang

Feb 21, 2023 | 05:30 AM



BANTUAN kemanusiaan Mercy Relief bagi mangsa gempa di Turkey akan tetap diteruskan walaupun pasukan itu telah pulang ke Singapura, kata pengerusinya, Encik Satwan Singh.



Bercakap kepada Berita Harian(BH) semasa menggulung misi bantuan kemanusiaan Mercy Relief selama seminggu ke Turkey, beliau berkata meskipun pasukannya telah meninggalkan negara itu, ia masih boleh memberi bantuan dengan sokongan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan penyumbang yang bermurah hati dari Singapura.



BH telah sama-sama menyertai pasukan Mercy Relief yang menghulurkan bantuan kemanusiaan di Turkey sejak 14 Februari lalu.



Rombongan Mercy Relief telah selamat mendarat di Singapura pada 5.30 petang Isnin.



Mercy Relief kini mempunyai rakan kongsi setempat, Hayrat Yardim, sebuah NGO, yang bekerjasama dengannya untuk menyediakan keperluan asas bagi mangsa gempa di Turkey.



Pengurus kanan program antarabangsa Mercy Relief, Encik Khairulnizam Massuan, berkata:



"Kami tidak boleh berada di Turkey untuk selama-lamanya... jadi mereka (Hayrat Yardim) berfungsi sebagai 'mata dan telinga' kami.



"Tambahan pula, mereka mempunyai hubungan tempatan dengan pemerintah, jadi mereka akan sentiasa tahu mengenai perkembangan terkini."



Menambah, Encik Satwant berkata sebelum diperkenalkan kepada Hayrat Yadim, Mercy Relief tidak mempunyai rakan kongsi di Turkey.



"Sebagai NGO, kami harus memastikan dana dikumpul digunakan khas untuk membantu mangsa gempa dan bukan untuk sebab-sebab yang lain.



"Oleh itu, bekerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai objektif sama adalah penting," kata Encik Satwan.



Sejauh ini, gempa bumi sekuat 7.8 di skala Richter yang melanda Turkey dan Syria pada 6 Februari telah meragut lebih 46,000 nyawa, dengan lebih ramai dikhuatiri masih tertimpa dalam timbunan runtuhan.



Buat masa ini, Mercy Relief telah mengumpul lebih $180,000 bagi membantu mangsa gempa di Turkey.



Semasa di sana, rombongan Mercy Relief telah membahagi-bahagikan 1,000 set makanan panas, 1,000 set pakaian musim sejuk dan 1,000 helai selimut kepada penduduk di daerah Elbistan.



Menurut Encik Satwant, jumlah barangan asas yang diberikan buat masa ini tidak mencukupi.



Ini berdasarkan pengalaman apabila 5,000 orang beratur untuk mendapatkan makanan panas dan sekitar 10,000 orang hadir bagi mendapatkan pakaian musim sejuk dan selimut, kata beliau.



Selain dana yang belum mencukupi, cuaca sejuk yang menyebabkan suhu jatuh ke paras bawah sifar pada waktu malam merumitkan keadaan.



Justeru, Encik Satwant menekankan peri penting mempunyai rancangan bantuan yang khusus untuk membantu menghurai masalah itu.



"Misalnya, jika kami ingin membantu dengan menyediakan keperluan asas, kami hanya akan fokus pada itu.



"Kami tidak boleh membuat segalanya. Antaranya disebabkan dana yang terhad, namun dengan menghulurkan bantuan yang lebih khusus, ini bermakna kualiti bantuan akan menjadi lebih baik," jelas beliau.



Orang ramai yang ingin menderma boleh mendapatkan butiran lanjut di www.mercyrelief.org/donate/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >