SPH Logo mobile
Langgan|

Merlion akan 'berundur' beri laluan bagi pembinaan laluan bertema

Merlion akan 'berundur' beri laluan bagi pembinaan laluan bertema

Sep 20, 2019 | 8:39 PM

Merlion akan 'berundur' beri laluan bagi pembinaan laluan bertema

TIADA LAGI MERLION : Pada akhir tahun ini, laluan bertema akan dibina di tapak kawasan Merlion. - Foto: ST, SENTOSA DEVELOPMENT CORPORATION
TIADA LAGI MERLION : Pada akhir tahun ini, laluan bertema akan dibina di tapak kawasan Merlion. - Foto: ST, SENTOSA DEVELOPMENT CORPORATION -

SATU ikon yang terkenal di Singapura akan tutup pada 21 Oktober tahun ini.

Kerja-kerja pembinaan akan mula pada suku terakhir 2018 bagi pembinaan laluan bertema yang akan menghubungkan kawasan pantai utara dan pantai selatan Sentosa.

Dalam projek yang bernilai $90 juta, patung Merlion, setinggi 37 meter di kawasan pertengahan Sentosa itu akan dirobohkan apabila kerja pembinaan projek Sentosa Sensoryscape mulai.

Menurut kenyataan Sentosa Development Corporation pada hari Jumaat (20 Sept), laluan jalan kaki itu, sebesar 30,000 meter persegi, akan mempunyai tempat melihat pemandangan sekitar Sentosa, tarikan pancutan air dan pelbagai reka bentuk yang akan menawarkan pengalaman pelbagai deria

Ini merupakan projek yang akan dilancarkan bersama Pelan Induk Sentosa-Berani yang akan menggabungkan kededua pulau itu sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan.

Hari operasi terakhir bagi Sentosa Merlion - yang dibina pada tahun 1995 - termasuk empat gerai makanan dan kedai-kedai yang terletak di kawasan itu adalah pada 21 Oktober.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg