TERDAPAT ramai cendekiawan Islam terdahulu yang bukan sahaja mahir dalam bidang agama, bahkan berbakat dalam pelbagai bidang lain termasuk matematik dan sains.
Mengenali tokoh itu serta sumbangan mereka yang meluas menerusi modul Sirah (Sejarah) dalam program pengajian Islam yang diikutinya di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri meninggalkan kesan cukup mendalam pada diri Encik Abdul Rahman Fathli sehingga mendorong bapa dua anak itu terus mendalami kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi.