Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model Gaji Progresif rangsang pendapatan pekerja, kukuh ekonomi keluarga

Fahmi: Penting bagi pekerja Melayu untuk terus kekal dalam pekerjaan dan pertingkat kemahiran
Sep 04, 2021 | 05:30 AM



MENAIKKAN pendapatan pekerja bergaji rendah bukan hanya akan merangsang pendapatan golongan pekerja Melayu dengan cara yang mapan, ia juga akan memperkukuhkan ekonomi keluarga mereka pada masa depan.



Demikian menurut Mayor Daerah South East, yang juga Anggota Parlimen gerakan buruh GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Menurut beliau, walaupun Model Gaji Progresif (PWM) - yang bakal diluaskan ke lebih banyak sektor dan pekerjaan - mengambil masa lebih lama dilaksanakan ekoran perbincangan mendalam dengan pelbagai pihak, namun ia kini digerakkan dengan segera bagi memastikan ia memanfaatkan seberapa ramai pekerja bergaji rendah.



Beliau berkata demikian kepada media berikutan pengumuman semasa Rapat Hari Kebangsaan, yang PWM akan diluaskan ke lebih banyak sektor, termasuk sektor runcit dari September 2022, khidmat makanan dari Mac 2023 dan pengurusan sampah dari 2023.



Selain itu, hampir semua pekerja tempatan akan menerima gaji sekurang-kurangnya $1,400 dalam masa dua tahun mendatang, selepas syarikat yang menggajikan pekerja asing perlu melaksanakan rejim Gaji Kelayakan Setempat.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai manfaat peluasan PWM pada jangka panjang, Encik Fahmi berkata:



"PWM dinaikkan sejajar dengan produktiviti pekerja demi memastikan ia dapat dijalankan dengan mapan pada jangka masa panjang.



"Kerana itu, hal ini dibincangkan dalam kumpulan kerja tiga pihak, yang melibatkan, pemerintah, peniaga dan pekerja agar kita dapat mencapai hasil rundingan yang baik.



"Misalnya, dari sudut perniagaan, jika kami mahu menaikkan gaji, ia harus dipastikan dinaikkan dengan cara yang mapan... kalau kenaikan terlalu cepat, mungkin perniagaan tidak dapat menampung dan akhirnya menjejas pekerjaan para pekerja kita.



"Ini hal yang menjadi pertimbangan utama kami dalam perbincangan PWM."



Dengan perubahan ini, Encik Fahmi berkata apa yang lebih penting ialah pekerja Melayu dapat terus kekal dalam pekerjaan, membawa pulang gaji lebih tinggi dan meluangkan masa untuk mempertingkatkan kemahiran diri.



"Ini semua (gaji lebih baik) boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara, seperti menyediakan pendidikan lebih baik untuk anak-anak mereka sekaligus menjadikan mereka lebih yakin diri, menyediakan pemakanan yang baik serta memastikan anak-anak kekal bersekolah.



"Jika semua ini dilakukan dengan betul dan teratur, ia akan memberi kesan yang sangat positif terhadap keluarga, bagi jangka masa yang lebih panjang lagi.



"Ia akan boleh membantu mereka dalam kedudukan ekonomi dan kewangan mereka, misalnya mereka dapat belajar menyimpan wang dan peranan kewangan," ujar beliau.



Ini lantas akan mengukuhkan kedudukan kewangan mereka hingga membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri, lantas menyediakan kehidupan lebih baik demi masa depan anak-anak mereka.



Menyentuh tentang pandangan bahawa pelaksanaan PWM yang mengambil masa agak lama, Encik Fahmi menjelaskan ia satu proses yang perlu dijalankan dengan teliti, memandangkan ia melibatkan banyak pihak.



"Yang utama, kita harus benar-benar memahami cabaran industri dan bagaimana untuk mencari huraian yang memanfaatkan semua pihak, sebab kita tahu setiap industri itu berbeza. Maka itu, untuk melaksanakan PWM, ia memerlukan sedikit masa," terang beliau.



Menurut Encik Fahmi lagi, sama penting, ialah perlunya untuk memastikan PWM diperluaskan lagi kepada lebih ramai pekerja.



"Kini selepas diumumkan dan dilaksanakan dalam beberapa sektor seperti landskap dan keselamatan, kemajuannya telah bergerak pantas.



"Dan tidak lama lagi, akan diluaskan kepada lebih banyak sektor, seperti runcit. Jadi ini lebih penting untuk kami," katanya sambil menambah saranan sedang dirancangkan bagi sektor baru juga nanti.




"Ini semua (gaji lebih baik) boleh dimanfaatkan untuk banyak perkara, seperti menyediakan pendidikan lebih baik untuk anak-anak mereka sekaligus menjadikan mereka lebih yakin diri, menyediakan pemakanan yang baik serta memastikan anak-anak kekal bersekolah.

Jika semua ini dilakukan dengan betul dan teratur, ia akan memberi kesan yang sangat positif terhadap keluarga, bagi jangka masa yang lebih panjang lagi.

Ia akan boleh membantu mereka dalam kedudukan ekonomi dan kewangan mereka, misalnya mereka dapat belajar menyimpan wang dan peranan kewangan."

- Mayor Daerah South East yang juga Anggota Parlimen gerakan buruh GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >