KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan penambahan 422 kes baharu jangkitan Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 39,387 sejauh ini.
Sebahagian besar adalah pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.
Menurut MOH, berdasarkan siasatan, terdapat lima kes dalam masyarakat.
Ia melibatkan seorang warga Singapura dan empat pemegang Pas Kerja.
MOH masih meneliti kes-kes ini.
Ia akan memberikan perincian lanjut malam nanti.
Sejauh ini, seramai 26,523 pesakit telah pulih sepenuhnya, membentuk 68 peratus pesakit di sini.
Sehingga malam tadi, seramai 223 masih dirawat di hospital, termasuk tiga di unit jagaan rapi.
Pada masa yang sama, seramai 12,185 ditempatkan di kemudahan masyarakat.
Sejauh ini seramai 25 orang terkorban akibat komplikasi Covid-19 di Singapura, sementara sembilan yang diuji positif meninggal dunia atas sebab lain.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg