Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH lantik panel saran strategi vaksin Covid-19 S'pura

Nov 12, 2020 | 09:02 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah melantik jawatankuasa 14 anggota untuk memberi saranan kepada pemerintah tentang strategi vaksinasi Covid-19 Singapura, dan memastikan penggunaan vaksin selamat dan berkesan.



Dalam satu kenyataan pada Khamis (12 Nov), MOH berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Penolong Profesor Benjamin Ong, penasihat kanan kepada pengarah perkhidmatan perubatan.




Beliau juga naib presiden kanan (pendidikan dan sumber kesihatan) Universiti Nasional Singapura (NUS).

 



Jawatankuasa tersebut terdiri daripada pakar penyakit berjangkit, imunologi dan bidang lain.



Ia dianggotai antara lain ketua saintis kesihatan dan pengarah eksekutif Pejabat Transformasi Penjagaan Kesihatan MOH, Profesor Tan Chorh Chuan; ketua eksekutif di Konsortium Penyelidikan dan Inovasi Klinikal Singapura, Dr Danny Soon; dan naib presiden penjagaan kesihatan dan kesejahteraan di Lembaga Pembangunan Ekonomi, Dr Lisa Ooi.

 



"Jawatankuasa pakar akan memanfaatkan kepakaran saintifik dan klinikal untuk menilai vaksin-vaksin yang ada, dan mengesyorkan vaksin yang sesuai untuk digunakan terhadap Covid-19 di Singapura apabila vaksin-vaksin tersebut tersedia," kata MOH.

 



Ia menambah peranan jawatankuasa itu adalah untuk mempertimbangkan maklumat dan penilaian terkini mengenai vaksin Covid-19, termasuk memantau secara dekat landskap pengembangan vaksin global dan pendirian badan-badan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >