Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Pusat makan, restoran hanya dibuka untuk pembelian secara 'bungkus' atau penghantaran

Apr 03, 2020 | 05:21 PM



MULAI Selasa ini (7 April), semua restoran, pusat penjaja, kedai kopi, pusat makan dan tempat makan lainnya tidak lagi dibuka untuk dikunjungi orang ramai. Kesemua tempat-tempat ini hanya dibuka untuk pembelian secara 'bungkus' atau tempahan untuk penghantaran, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



MOH dalam kenyataan itu juga menjelaskan pasar raya, kedai serbaneka, peruncit keperluan harian, pasar borong dan pasar basah akan tetap dibuka.



"Orang ramai dijamin bahawa adanya barangan makanan secara berterusan," kata MOH sambil menambah, operasi seperti pembekal makanan, termasuk penghasilan makanan dan ramuan makanan, pengeluaran makanan, pemprosesan makanan, tempat ternakan dan tempat penyembelihan, penyedia makanan, pengimport dan pedagang, serta logistik makanan, tempat penyimpanan makanan dingin, gudang, ujian keselamatan makanan, akan juga berjalan seperti biasa.



Kedai-kedai runcit yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi menyokong keperluan kehidupan sehari-hari akan kekal dibuka. Kedai-kedai tertentu di pusat beli-belah akan kekal dibuka bagi tujuan ini. 



"Ini termasuklah pasar raya, kedai ubat, restoran, kedai makanan dan minuman, dan kedai-kedai lain yang menyediakan khidmat asas. Semua kedai lain akan ditutup," kata MOH.



Sementara itu, orang ramai boleh menarik nafas lega kerana seluruh agensi Perkhidmatan Awam akan beroperasi sepenuhnya dan perkhidmatan yang disediakan pemerintah berjalan seperti biasa, tetapi sebahagian besar tenaga kerja perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah.



Penduduk boleh terus memanfaatkan perkhidmatan secara dalam talian, tetapi dinasihatkan agar menangguhkan lawatan yang tidak genting.



Perkhidmatan lain seperti penjagaan kesihatan, perkhidmatan masyarakat, perkhidmatan kewangan, khidmat pembersihan, dan air, tenaga, dan perkhidmatan berkaitan sekitaran, akan juga terus beroperasi.



Pilihan perkhidmatan lain yang diperlukan bagi kehidupan sehari-hari seperti kedai gunting rambut, kedai dandanan rambut, penyenggaraan lif, kedai dobi dan perkhidmatan telekomunikasi akan kekal dibuka. 



Orang ramai boleh melungsuri laman khas yang disediakan MOH untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti utama yang dibenarkan beroperasi dan berfungsi seperti biasa.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >