Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH tambah subsidi pemvaksinan bagi warga S'pura

Jul 13, 2020 | 05:38 PM



WARGA Singapura akan menerima lebih banyak subsidi bagi beberapa jenis pemvaksinan mulai 1 November ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (13 Julai).



Subsidi tersebut akan memperluaskan subsidi pemvaksinan di bawah Jadual Pengimunan Kanak-Kanak Nasional (NCIS), Jadual Pengimunan Dewasa Nasional (NAIS) dan kesemua klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas), doktor perubatan umum (GP) dan di poliklinik.



Dalam kenyataannya, MOH berkata warga Singapura akan menerima subsidi bernilai antara $35 dengan $125 bagi vaksin yang disarankan pihak berkuasa kesihatan yang disenaraikan di Senarai Vaksin Diberi Subsidi (SVL) yang diurus klinik Chas dan GP.



Di poliklinik pula, warga dewasa akan menerima subsidi bernilai sehingga 75 peratus bagi pemvaksinan NAIS, manakala golongan warga emas Gerenasi Perintis dan Generasi Merdeka juga akan menerima tambahan 50 peratus dan 25 peratus subsidi bagi yuran pemvaksinan yang sudah disubsidi masing-masing.



Kanak-kanak warga Singapura yang layak juga akan mendapat subsidi sepenuhnya penuh untuk tujuh pemeriksaan perkembangan kanak-kanak, di klinik GP, CHAS dan poliklinik.



MOH berkata pendekatan ini sebahagian usaha lebih melindungi warga setempat daripada penyakit yang boleh dicegah menerusi vaksin dan untuk mengurangkan risiko penularan virus dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >