Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Moody's kekalkan taraf kredit tertinggi, ramalan prospek stabil bagi Singapura

Dec 09, 2016 | 08:15 AM



WALAUPUN ekonomi Singapura menghadapi cabaran jangka pendek, institusi kukuh, rizab mencukupi dan dasar pemerintah yang berkesan akan membantu ia kekal berdaya tahan pada jangka masa panjang.



Ini dinyatakan agensi penilaian kredit Moody's, apabila ia mengekalkan taraf AAA - taraf paling tinggi agensi itu - bagi Singapura, pada Khamis (8 Dis).



Moody's juga mengekalkan ramalan prospek stabil bagi Singapura disebabkan disiplin fiskal dan kestabilan kewangan negara ini.



Tetapi ia memberi amaran Singapura mesti menguruskan peralihan kepada struktur pertumbuhan lebih rendah dengan lancar. Jika tidak, taraf itu akan berada di bawah tekanan.



Penilaian kredit digunakan untuk mengukur kepercayaan kredit dan boleh memberi kesan kepada kos pinjaman sesebuah negara.



Singapura antara segelintir ekonomi yang menikmati taraf kredit AAA.



Australia mempunyai taraf sama, tetapi terdapat spekulasi ini boleh direndahkan disebabkan defisit belanjawan.



Negara lain yang mempunyai taraf AAA termasuk Canada, Denmark, Jerman dan Norway.



Britain hilang taraf AAA yang diberi agensi penilaian kredit Standard & Poor selepas undi Brexit pada Jun lalu, apabila agensi itu memberi amaran mengenai risiko ekonomi, fiskal dan perlembagaan yang negara itu akan hadapi akibat tindakannya meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) itu.



Singapura dilanda kelembapan berpanjangan dalam perdagangan dunia dan pertumbuhan ekonomi global yang lemah, kata Moody's.



Republik ini juga bergelut dengan cabaran struktur, seperti penduduk semakin tua. Ini diburukkan lagi oleh sekatan berterusan ke atas aliran masuk pekerja asing.



Faktor-faktor ini memberi kesan kepada pertumbuhan, tetapi kadar pertumbuhan ekonomi lebih perlahan Singapura mungkin juga mencerminkan sebuah ekonomi matang yang sudah pun mempunyai hasil dalam negeri kasar per kapita paling tinggi di rantau Asia-Pasifik, kata Moody's.



Biarpun berdepan dengan cabaran-cabaran ini, penampan fiskal Singapura tidak terjejas oleh kelembapan dalam pertumbuhan dan terus menjadi lebih mantap berbanding negara lain yang mempunyai taraf kredit AAA juga.



"Penampan ini termasuk lebihan belanjawan berterusan yang menyumbang kepada rizab fiskal yang semakin meningkat, yang seterusnya meningkatkan lagi kedudukan kewangan pemerintah," ujar Moody's.



Walaupun hutang isi rumah meningkat lebih sembilan mata peratusan kepada kira-kira 75 peratus daripada ekonomi tahun lalu, aset isi rumah enam kali lebih besar daripada liabiliti.



Ini menyediakan penampan besar terhadap kadar faedah yang meningkat dan penurunan berterusan harga hartanah kediaman, kata Moody's.



Namun, ia memberi amaran taraf AAA itu akan tertekan jika Singapura tidak dapat menguruskan peralihan kepada pertumbuhan ekonomi struktur lebih rendah.



Ini boleh membawa kepada kemerosotan dalam kekuatan ekonomi negara ini berbanding rakan-rakan yang mempunyai taraf kredit sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >