Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Moon Jae-in: Asean main peranan bantu keamanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Moon Jae-in: Asean main peranan bantu keamanan

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



ASEAN boleh memainkan peranan membina dalam membawa keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea, kata Presiden Korea Selatan Encik Moon Jae-in.



"Ia penting bagi mewujudkan peluang kepada Korea Utara memenuhi peranan sebagai anggota bertanggungjawab dalam masyarakat antarabangsa," kata Presiden Kim, dalam satu ceramah bertajuk



Republik Korea dan Asean: Rakan kongsi bagi mencapai keamanan dan kemakmuran bersama di Asia Timur anjuran Iseas-Institut Yusof Ishak.



Jika Korea Utara melaksana langkah menghapuskan senjata nuklear dengan jujur, beliau berharap Korea Utara akan diundang menyertai pelbagai badan rundingan kendalian Asean.



Dengan itu, perbincangan dan kerjasama dua hala antara Asean dengan Korea Utara akan dapat diperkukuhkan.



Encik Moon menggariskan bagaimana kumpulan serantau itu boleh menghuraikan isu nuklear dan membawa keamanan di Semenanjung Korea.



Beberapa usaha Asean sebelum ini telah membantu Korea Utara menjadi sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.



Misalnya, sejak 2000, Asean menyediakan ruang dialog antara Korea Utara dengan masyarakat antarabangsa melalui Forum Serantau Asean (ARF).



ARF merupakan forum berbilang negara yang disertai Korea Utara sebagai satu wadah baginya berhubung dengan masyarakat antarabangsa.



Asean juga, kata Encik Moon, sering menggalak Korea Utara menarik diri daripada program pembangunan peluru berpandu nuklear dan menuju ke arah kemakmuran dan keamanan.



Encik Moon berkata Asean dan Korea Utara mempunyai hubungan ekonomi saling melengkapi sebelum sekatan antarabangsa dikenakan terhadap Korea Utara disebabkan program nuklearnya.



Kumpulan serantau juga menyokong kerjasama ekonomi antara Korea Utara dengan Korea Selatan dengan membenarkan barangan dihasilkan di Kompleks Perindustrian Kaesong yang dikendalikan bersama kedua-dua negara itu, dikenakan kadar tarif yang sama seperti barangan Korea Selatan di bawah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) Korea Selatan dan Asean.



"Apabila sekatan antarabangsa terhadap Korea Utara ditarik balik dan Korea Utara selesai menghapuskan senjata nuklearnya, kerjasama ekonomi yang sebelum ini rancak antara Korea Utara dengan Asean akan dapat dipulihkan semula," katanya.



Menyusuli puncak bersejarah antara Korea Utara dengan Korea Selatan pada April dan Mei tahun ini, Korea Selatan telah melakarkan peta ekonomi baru dan keduadua negara itu akan berusaha mencapai sebuah masyarakat ekonomi.



Beliau berharap hubungan lebih baik dua negara Korea itu akan juga membaiki hubungan Korea Utara dengan Amerika Syarikat, dan kemudian Jepun.



"Jika Korea Utara memberi lebih banyak maklumat terhadap pelaksanaan penghapusan nuklear, dan Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil langkah menyeluruh sebagai tindak balas, proses keamanan itu dapat dipercepat," tambah Encik Moon.




"Apabila sekatan antarabangsa terhadap Korea Utara ditarik balik dan Korea Utara selesai menghapuskan senjata nuklearnya, kerjasama ekonomi yang sebelum ini rancak antara Korea Utara dengan Asean akan dapat dipulihkan semula... Jika Korea Utara memberi lebih banyak maklumat terhadap pelaksanaan penghapusan nuklear, dan Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil langkah menyeluruh sebagai tindak balas, proses keamanan itu dapat dipercepat."
- Presiden Korea Selatan Encik Moon Jae-in.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >