Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

MOU bagi galak 700 pelajar wanita ICT di 5 poly dalami bidang teknologi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MOU bagi galak 700 pelajar wanita ICT di 5 poly dalami bidang teknologi

May 14, 2022 | 05:30 AM

SEKITAR 700 pelajar wanita yang menyertai kursus diploma teknologi infokom (ICT) di kesemua lima politeknik di sini setiap tahun akan mempunyai peluang membangunkan dan memperdalam minat mereka dalam teknologi melalui bengkel, pertandingan 'hackathon' dan program bimbingan.

Ini selepas satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara kumpulan SG Women in Tech (SGWIT) - sebuah daya usaha Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dengan kerjasama industri dan masyarakat teknologi - dengan Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Polytechnic Republic, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek, ditandatangani dalam satu acara semalam.

Acara menandatangani MOU itu, yang diadakan di PIXEL Labs IMDA di 10 Central Exchange Green dekat One-North, disaksikan oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, dan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.

Sebuah jawatankuasa Wanita dalam Teknologi Rentas Politeknik baru yang merangkumi pelajar wanita dalam kursus ICT di lima politeknik tersebut turut dilancarkan semasa acara itu.

Di bawah MOU itu, lima politeknik tersebut akan bekerjasama dengan jawatankuasa yang baru dibentuk itu untuk meneroka kerjasama bagi mengekalkan, membangunkan dan memperdalam minat pelajar wanita untuk menceburi kerjaya dalam industri teknologi.

Ini akan dilakukan menerusi program seperti ceramah, bengkel, pertandingan dan peluang pementoran.

Antara kegiatan utama yang bakal diadakan adalah acara tahunan 'Minggu Wanita dalam Teknologi' pada Oktober ini, yang akan menawarkan peluang kepada penuntut institut pengajian tinggi mengadakan lawatan ke syarikat, menyertai ceramah teknologi dan sesi perkongsian oleh pemimpin teknologi wanita.

Dianggarkan terdapat sekitar 700 pelajar wanita yang menyertai kursus ICT di kesemua lima politeknik di Singapura setiap tahun.

Pelajar wanita dalam kursus diploma ICT di kelima-lima politeknik itu secara automatik akan disertakan sebagai anggota jawatankuasa Wanita dalam Teknologi Rentas Politeknik.

Berucap di acara itu, Dr Janil berkata wanita dan anak-anak perempuan memainkan peranan penting dalam memajukan teknologi dan membina Singapura menjadi salah satu hab bakat teknologi terbaik di dunia.

Hampir empat daripada 10 pelajar dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) di institut pengajian tinggi di sini adalah wanita, tambah beliau.

Menurut satu tinjauan Boston Consulting Group, 41 peratus karyawan teknologi di Singapura merupakan wanita - antara yang tertinggi di dunia - dan melebihi paras purata global sebanyak 28 peratus.

Dr Janil berkata pemerintah akan terus mendorong inklusiviti dan kepelbagaian dalam teknologi dengan kerjasama industri dan institusi pendidikan.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membina sebuah masyarakat digital yang inklusif dengan semua rakyat Singapura, termasuk wanita, mengambil bahagian dan meraih manfaat daripada sektor digital yang berkembang.

"Untuk menggalak lebih ramai wanita masuk dan maju dalam teknologi, penting untuk bermula awal dan mencetuskan minat dalam kalangan anak-anak perempuan semasa mereka masih belajar dan mengetahui kekuatan mereka," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3