Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU dimeterai bangun bakat sektor jagaan kesihatan

MOU ditandatangani NTUC dengan penyedia jagaan kesihatan swasta terbesar Singapura
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar Singapura, IHH Healthcare Singapore (IHH SG) dan anak syarikat latihannya, Parkway College semalam.



Ini adalah untuk melatih, memberi pentauliahan dan membangunkan bakat untuk sektor penjagaan kesihatan Singapura.



MOU tersebut ditandatangani bersama Kesatuan Pekerja Pedagang dan Manual Singapura (SMMWU) dan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC LHUB).



Dengan MOU antara IHH SG dan The SMMWU ini, penyedia penjagaan kesihatan itu akan membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC).



CTC yang akan dibentuk itu bertujuan untuk membangunkan pelan transformasi yang kukuh untuk memastikan tenaga kerjanya kekal bersedia, relevan dan berdaya tahan dalam landskap penjagaan kesihatan global yang berkembang pesat.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, NTUC LHUB dan IHH SG berkata CTC itu akan terdiri daripada wakil daripada syarikat pengurusan, kesatuan dan rakan kongsi yang berkaitan.



Dengan ini, mereka akan bekerjasama serta berunding bersama untuk mengenal pasti kemahiran dan keperluan latihan pekerja, membina kecekapan baru dan mengurangkan jurang kemahiran sedia ada.



Menekan kepentingan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan di bawah IHH SG, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHH Healthcare Singapore, Dr Prem Kumar Nair berkata:



"Menjadi sebahagian daripada rangka kerja latihan kebangsaan juga memastikan bahawa pembangunan kerjaya pekerja kami adalah tersusun dengan baik dan kemahiran mereka diiktiraf dengan betul, untuk mempunyai asas yang diperlukan ke arah pekerjaan, gaji dan kemajuan kerjaya yang lebih baik."



Pada masa yang sama, cabang latihan IHH SG, Parkway College juga menandatangani MOU sepanjang 2 tahun dengan NTUC LHUB untuk membangunkan bersama program latihan bertauliah, boleh diiktiraf dan mencipta peluang kerjaya untuk rakyat Singapura dalam sektor penjagaan kesihatan tempatan.



Parkway College akan memanfaatkan kepakaran penjagaan kesihatannya yang kukuh untuk menyelaraskan kandungan kursus dan menyediakan jurulatih bersekutu untuk mengendalikan program-program itu.



Dua kursus modular pendek mengenai pengurusan luka dan 'phlebotomy' (prosedur ambil darah dari urat bagi tujuan ujian) telah dikenal pasti sehingga kini, dan latihan dijangka akan bermula dari suku kedua tahun ini dan seterusnya.



Selain itu, Parkway College juga sedang bekerja sama bersama NTUC LHUB untuk membangunkan Program Penukaran Kerjaya pada Jun ini.



Program tiga bulan ini dijangka menyediakan kumpulan perintis, seramai 50 warga Singapura, terutamanya penukar pertengahan kerjaya, dengan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan kerjaya yang memuaskan dalam sektor penjagaan kesihatan tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >