Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU perkukuh khidmat, proses dan transformasi data sektor tidak cari untung

MOU
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



TIGA Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memperkukuh perkhidmatan, data dan transformasi proses dalam sektor tidak mencari untung ditandatangani kelmarin, antara Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Institut Teknologi Singapura (SIT), Politeknik Nanyang (NYP), dan Politeknik Singapura (SP).



Majlis pemeteraian MOU itu disaksikan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, di Pameran Transformasi Sektor Tidak Cari (TSNP), yang kali pertama diadakan NCSS.



"TSNP menonjolkan banyak agensi perkhidmatan sosial (SSA) dan usaha rakan kongsi kami dalam inovasi dan kerjasama. Untuk memastikan usaha ini membawa sokongan berterusan bagi individu dan keluarga, kita perlu memanfaatkan kekuatan rakan kongsi di tempat awam, swasta dan sektor rakyat (3P)," kata Eric Chua.



"Ketiga-tiga MOU ini menunjukkan cara kita boleh memanfaatkan kepakaran rakan kongsi 3P kita dan menandakan komitmen NCSS dalam menjalin kerjasama rentas sektor untuk memastikan sektor perkhidmatan sosial dilengkapi untuk mengendalikan keperluan masa kini dan masa depan," tambah beliau.



Pandemik COVID-19 memaksa sektor perkhidmatan sosial berinovasi untuk menambah penyampaian perkhidmatan, terutama dalam bidang seperti pendigitalan dan pembangunan organisasi. Perkongsian 3P membentuk sauh bagi meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan sumber dan proses. MOU tersebut menyokong perkhidmatan-proses-transformasi data bagi sektor itu.



Bagi transformasi perkhidmatan, NCSS akan bekerjasama dengan Kepimpinan Komuniti dan Pusat Inovasi Sosial (Clasic) daripada SIT untuk menambah keupayaan teknologi maklumat.



Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mendapatkan bantuan daripada Clasic apabila mereka mengalami cabaran untuk beralih kepada program perkhidmatan sosial dalam talian semasa pandemik.



Pelajar program kejuruteraan perisian SIT menyampaikan bukti konsep itu boleh menyelesaikan masalah dan meningkatkan aliran proses dalam penyampaian perkhidmatan dalam talian PPIS.



Bekerjasama dengan NYP dan SIT, NCSS juga akan memperkasa SSA dalam membangunkan keupayaan pembelajaran di tempat kerja untuk menyokong transformasi jangka panjang berkesan.



"Melalui perkongsian kami dengan Institut Pengajian Tinggi, NCSS berharap dapat membantu SSA memupuk kerjasama, mempercepatkan penggunaan amalan inovatif dan membina keupayaan organisasi yang lebih kukuh, untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif NCSS, Cik Tan Li San.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >